Saturday 10 December 2011

GERHANA** REAKSI RASULULLAH S.A.W



GERHANA!!!
Selaku seorang Islam, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.

Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)

Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.

Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."

Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.

Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir.

Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."

Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan.

Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.

Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.

Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya.

Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya.

"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:

"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".

Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".

Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.


Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.

Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta?

Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta.

Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.

Hikmah di sebalik kejadian gerhana

Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:

lMenzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.

lMenerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan. Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)

lMenggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.

lMemperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)

lMenggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.

Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin.

Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj?

Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya

Amalan sunat semasa gerhana

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

lSolat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".

lBerzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

lBerlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."

lBersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."

lMemerdekakan hamba. Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Tuesday 29 November 2011

KENA PANAH KERANA DAKWAH **ustaz sabun**


GAMBAR USTAD FADLAN SUSAH GAK NAK CARI..HAA YANG NI ADALAH GAMBAR BERSAMA WAKIL HPA MALAYSIA..TIME NI TAK SILAP MASA PERUBATAN TIBBUNNAWI..

Assalamualaikum…….
Rasanya dah lama tak buat entry baru kan? Dah agak berhabuk da blog ni rasenya..
ok kali ni nak kongsi cerita tentang salah seorang Da’ie yang menyebarkan dakwah kat Papua New Guinea..
Dapat tau citer ni masa tengok program ASSALAMULAIKUM kat TVALHIJRAH..

Cerita nya tentang sorang hamba Allah ni yang bernama USTAZ M.ZAAFF FADLAN RABBANI AL-GARAMATAN. Ustaz ni jugak dikenali sebagai “ustaz dai’e sabun”…
nak tau tak kenapa?????

ok ..macam ni citernya..Dulu ustaz ke Papua New Guinea ni sebab kerja..tapi niatnya bertukar setelah melihat sendiri cara hidup penduduk kat situ.TAK KENAL AGAMA.. mula-mula ustaz fadlan tak lah hiraukan sangat..sampailah satu hari beliau berfikir “seandainya aku mati nanti..malaikat tanya aku (wahai fadlan apa yang telah kau lakukan ?? kau telah melihat sendiri sauadara mu tidak mengenal Allah TUHANMU!! Tapi mengapa kau tidak membantu mereka????!!!!!)…daripada teringat pasal tu lah yang membuatkan beliau bertekad untuk menjadi mubaligh yang menyebarkan AGAMA ISLAM…bukan mudah kot!!

Penduduk kat situ dari jauh sekitar 50meter kita dah dapat hidu dah baunya..memang berbau..sebab diorang ni jarang mandi ..dan kalau mandi diorang akan lumurkan lemak babi..mesti ada antara kita yang kata “EIIIYYUUUU”..tapi itulah hakikatnya.

Sebagai seorang dai’e ynag mempunyai strategi sendiri untuk menyebarkan islam..ustz fadlan memulakan langkah dengan memberikan mereka ni sabun,paste gigi,shampoo dan barang-barang mandi yang lain.Bila diorang dah mandi dan pakai benda-benda tu semua..diorang rasa lain sangat..yela WANGI..BADAN TAK MELEKIT..haaa~~sampai lah dorang bertanya kepada ustz fadlan apa yang harus dilakukan selepas itu .. diorang rasa macam terhutang budi..lalu berterima kasih atas kebaikan yang diberikan ustz fadlan.Lalu ustaz fadlan berkata “jangan berterima kasih padaku..tapi berterima kasihlah pada tuhanku iaitu Allah..lantas daripada situlah ramai yang menyebut kalimah syahadah..daripada tiada langsung yang menganut agama islam.ustaz fadlan berjaya menarik 20 orang pada permulaan.

Sehingga lah suatu hari ustaz fadlan bercadang untuk ke satu daerah kampung bagi menyebarkan lagi syiar islam. Tapi sebelum memulakan langkah ustaz fadlan mendapat sepucuk surat daripada ketua kampung tempat dimana ustaz fadlan hendak sebarkan dakwah tu.. Dalam surat tu dinyatakan bahawa sekiranya ustaz fadlan dan pengikutnya menghampiri daerah itu maka dia akan terkena PANAH BERACUN.. Lalu ustaz fadlan bertanya kepada 20 orang pengikutnya “siapa yang berani menyertaiku?”
Dalam 20 orang tu hanya 6 orang je yang maju ke depan.. see??? 6 orang je.. namun itu semua tak patahkan semangat ustaz fadlan untuk menyebarkan dakwah islam di sana. Jadi bergeraklah ustaz fadlan dan 6 orang pengikutnya..Tapi sebelum memulakan perjalanan ustaz fadlan ada berpesan “SEKIRANYA TERJADI SESUATU PADAKU ..JANGAN KAU SEMUA BANTU..LARILAH SELAMATKAN DIRI KALIAN..INGAT ITU!”

Sedang berjalan ni..dah nak menghampiri daerah perkampungan tersebut tiba-tiba satu panah terkena pada tangan kanan ustaz fadlan..memang sakit..namun diteruskan juga langkah..tiba-tiba satu lagi panag terkena tangan kirinya pula.. Lalu Ustaz fadlan tersungkur ke tanah. Pengikutnya ingin membantunya..namun setelah di ingat kembali pesan ustaz fadlan sebelum itu ..mereka pun pergi meninggalkan ustaz fadlan..Sakitnya terkena panahan tu hanya Allah yang tau.. Lalu ustaz fadlan berdoa “YA ALLAH SESUNGGUHNYA PENGORBANAN KU DALAM MENYEDARKAN HAMBAMU TENTANG KEWUJUDANMU ADALAH KECIL BERBANDING PENGORBANAN RASULMU MUHAMMAD ..BANTULAH AKU YA RABB ..BERIKAN AKU KEKUATAN!”
Masa ustaz fadlan terus bangun dan mencabut panah yang ada di tangannya..Lalu mengambil besi dan merawat luka di tangannya melalui kaedah perubatan yang pernah sendiri dilakukan Rasulullah s.a.w iaitu “tibbunnawi”(dikatakan perubatan yang sangat dahsyat dan boleh menghilangkan racun dalam badan)..

setelah itu berjalanlah ustaz fadlan ke arah pemanah yang memanahnya yang juga merupakan ketua kampung di situ..Lalu Ustaz fadlan mengenggam tangan ketua kampung tersebut sambil tersenyum dan berlalu pergi..sekitar langkah 5meter bahu ustaz fadlan dipegang..ketua kampung itu menawarkan untuk menghantarnya hingga ke hujung desa..Ustaz fadlan tersenyum (macam da ada aura2 tertarik dengan islam kan ketua kampung ni)..Sampai di hujung desa tak juga ketua kampung ni berhenti langkah dan terus menemani ustaz fadlan hingga ke daerahnya..Masa ni ustaz fadlan berjalan bersama ketua kampung dan beberapa pengikut ketua kampung tu lah.Ketua kampung tu tertarik dengan layanan yang diberikan penduduk Islam kat daerah itu..Setelah beberapa hari mereka pun nak balik..sebelum balik ketua kampung tu menyatakan hasrat untuk memeluk islam..penduduk islam di daerah tu rasa sebak termasuklah ustaz fadlan sendiri..mereka mengucap kalimah “ASHHADUALLAH ILA HA ILLALLAH..WASAHADUANNA MUHAMMADAR RASULULLAH” ..
dulu tak ramai hanya berpuluh-puluh je penganut islam tapi sekarang kat sana dah beribu-ribu..SUBHANALLAH..Macam tu lah pengorbanan ustaz fadlan membantu umat Muhammad untuk mengenal Allah..daripada tak tau jadi tau..daripada benci juga jadi cinta.. mungkin korang tak berapa rasa feel nak nangis tu..tapi bila dengar sendiri citer dari mulut ustaz fadlan kompem nangis or sebak..kalau tak better U CHECK UR HEART!!! Sekian je.. terima kasih coz sudi baca… ^__^
jumpa lagi ..Assalamualaikum.. wr.wb..

Saturday 29 October 2011

EKSPO BUKU ISLAMIK 2011 DI KL SENTRAL

Assalamualaikum...

yuhhuuuu~~~~ penat betul petang hari 28.oktober .. sandarkan diri kat atas katil..
then after a few minute.. HP bunyi...teet~teet~~ ade mecej la...
dari sape???

dari kak sakinah ... salam..ida akak ader kat kl sentral..ade ekspo buku kat sini..buku islamik... (lebih kurang macam tu la bunyi mesej dari beliau..)
aku pun terkedu!!! what the fruit ???? berdebar jantung..berdebar hati..
aku pun tanya la kak kinah.." tuan hamba da beli berapa buku?"
kak kinah jawab "3 JE" JE ok..huhuhuhu...
bila da hantu buku tu memang HANTU kan kak.. hehehe..aku dah tak sabar nak pegi sendiri.. dan terbayang-bayang utk dapatkan buku baru karya USTAZAH FATIMAH SYARHA...SEBARKAN CINTA-MU... ape lagi kol la my bestie untuk temankan before tamat ekspo pada 1 NOV..
padahal baru je abis bli buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL and YA TUHAN KU TAK INGIN SENDIRI ... bajet buku da LIMIT... (konon)
BEST BETUL BUKU NI..BACA ULANG KALI
BUKU INI KHAS UNTUK MY SIS...BEST JUGAK..TERGELAK PUN YE..


So.sabtu bersamaan dengan 30 OCT..aku pun berangkat la ke KL SENTRAL..perjalanan yang memakan masa agak lama..dugaan yang berliku untuk ke sana.. sanggup tinggalkan keluarga..insan tercinta...Ahakzxxxxxsssss.. hahaa..AKHIRNYA SAMPAI JUGAK KL SENTRAL.. (jauhla sangat)


Dah sampai kat KL SENTRAL..tercari-cari tapak ekspo..tapi tak la sampai sesat..
bila da berjalan punya jalan ...JUMPALAH....

actually sepanjang nak sampai tapak ekspo ni da pesan da kat MY BESTIE..
"erk...aku mai sini nak beli 1 buku je tau..nanti kalau aku beli lebih dari satu..tegur yup...tau! tau"

NAK DAPATKAN BUKU NI JE.. 874MUKA SURAT.. sebuah NOVEL TAUHID.. yang BEST.. masa entry ni dibuat..aku baru baca muka surat dua,tapi dah JATUH CINTA dengan jalan ceritanya..


Tapi nak tau..punya la 4 kali tawaf kat tapak ekspo ni gara-gara nak cari buku tu je! "JE" ok...huhu.
sepanjang pusing-pusing tapak ekspo mata melilau la..hehe..
TERjumpa buku-buku yang tak dak dalam bajet pada hari tu..

PEACE~~ TIADA DALAM SENARAI KEPALA OTAKKU~

NI PUN TAKDE PUN DALAM HARD DISC PALE OTAKKU..

Ahhh !! nak jugak..buku yang di cari tak jumpe lagi.. buang rasa malu sikit ..tanye la kat kaunter.. "saudara ..buku karya FATIMAH SYARHA yang baru mana?"
"kat rak depan sekali..ada kat situ...
aku pun terus menuju puncak..haha..pi la kat rak yang di sebutkan tadi..
Ya Allah tinggal 2 je... aku apalagi amik cepat-cepat..zaSSssssSs~~


bila da settle tu baru perasan kat tangan ada 3 buku...ok 3 BUKU bukan 1 seperti yang di gembar gemburkan tadi..wihihihihi...

dalam purse dah set nak bawak 50 je..sebagai langkah untuk tak belanja lebih.. tapi ..rasa macam something je kalau tak beli yang lagi 2 tu.. then angkat je kepala..terpandang depan mata..MESIN ATM... excuse..nak withdrwal..lalalalalalala..
macam da JODOH kan dengan ATM mesin..takdir Allah nak temukan ku .. JANGAN TIRU AKSI TERSEBUT YA!!!


SUASANA SEKITAR EKSPO...




NAK BAYAR~~ QUE UP.. HUAAAA~~ lamai olang woo~~



TENGOK..kira gigi tu ader berapa?? senyum sampai telinga dapat BUKU...
balik la.. takleh lama-lama..nanti makin PARAH jadinye..
tak pr kan kalau nak melabur untuk bacaan berilmu macam ni..tak rugi pun..bertambah jugak ilmu.. sedangkan dalam islam ayat pertama yang turun "IQRA"..(BACALAH)...
ANDA BUAT~ ANDA DAPAT~
sekian... thanks sudi bace!

Saturday 22 October 2011

GEMBIRA..DALAM DUKA..UHUK! UHUK

Actually lame beno biarkan blog ni berhabuk..then terjumpa pulak dengan picture my duda..huhuhu..kenangan lama..kenanagan manis..manis ke?
masin adolah jang!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
sweet nye.. ok ! paaaap!
cinta..mesti ada la mulut-mulut ..yg kata "pasei pe la nak buat entry pasal cinta..gatei la tu..woot~~woot..jaga-jaga..well saya REMAJA..bila CINTA datang masa dan pada waktu ini..itu lumrah kerana CINTA ADALAH FITRAH..cuma pandai mengawalnya..
Allah kan ada~~my TRUE LOVE..
kali ni ada jugak la nak selitkan doa.. bagus tau kalau kita minta pada Allah..
Allah kan Maha Mendengar.. orang kata D.U.I.T (DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL)

*DOA YANG TAK PATUT..ISH MEMANG TAK PATUT..
psss~~ada yang buat ke??ekekeke..
Doa Bertemu Jodoh .

Bismillahirrahmanirrahim .
Ya Allah ,
kalau dia memang jodoh ku . Jodohkanlah .
... Tapi kalau bukan jodoh ku , jodohkanlah jugak .
Jika dia tidak berjodoh dengan ku , maka jadikanlah kami jodoh .
Kalau dia bukan jodohku , jangan sampai dia dapat jodoh yang lain , selain ku .
Kalau dia tidak boleh di jodohkan dengan ku , jangan sampai dia dapat jodoh yang lain
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti ku .
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh , jodohkanlah kami kembali .
Kalau dia berjodoh dengan orang lain , putuskanlah !! jodohkanlah dengan ku .
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain , biar orang lain bertemu jodoh dengan yang lain dulu , dan jodohkan kembali dia dengan ku .
Nak . . . nak . . . sangat-sangat nie !!
Memang korang ada PENYAKIT HATI la kalau ini macam puun~~
huhuhu..

doa yang sebaiknya~~
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.Ameen~~

Uiit asal panjang sangat?? OOoo..call member lama-lama bukan main..
nak CALL Allah banyak cekadak pulak..inilah dia manusia..amboi~amboi...
kalau tak sempat sangat nah..
doalah gini
"Ya Allah seandainya dia(sebut nama si fulan)
telah kau catatkan untukku di lauhul mahfudz ..
satukanlah hatiku dan hatinya...
dekatkan lah aku dan dia..
tapi Ya Allah seandainya dia buakn untukku dan tercipta untukku..
dan bukan aku yang layak untuk menyempurnakan sebahagian agamanya...
maka jauhkanlah kami..jauhkan lah kami dari rasa kecewa...
amin..amin .ya rabbal alamin.."


tengok gambar ni mesti siapa-siapa yang kenal aku..akan ketawa kan??kan??
huhuhu...
doakan kbhgiaan DR SMS n DR LINA... AMEEN~~~~


untuk entry kali ni.. tiada apa-apa sangat nk di kabo nye!! huhuhuhu.....ida~ida~ :p
buat kawan yang berkahwin..SELAMAT PENGANTIN BARU..sempurna jua sebahagian agamamu......
DAHSYATTTTTTTTT! je tajuk entry ni... LIKE IT~~!!!

Sunday 25 September 2011

MALAM PERTUNANGAN EIYDA JBDTP..

hohoho...ngeri je baca entry kali ni punyer tajuk kan...tidak tu bohong semata2 kayh!

(gadis yg kat pic ni masih lagi nk blaja tau..blom lagi tpikiaq nk tunang..
hohohoho...)


kay la..masa malam ahad bersamaan dengan hari 24.SEPT.2011 ..kitorang ahli "JBDTP"
telah pun mgadakan MALAM BBQ KALI KE2 PERINGKAT ANTARABANGSA..hihihi....
tapi tok kali ni pic mbeli belah barang2 dapur tak kitorang amik..hihihi...
antara menu yg d sediakan utk d santap oleh kaum kerabat ialah...JENG~JENG~~
*AYAM BAKAR BEREMPAH...KITORANG YG BAKAR TAU..OK TIPU.. :)

Bg koje bako membako ni kami serahkan kepada abg apis..suami PUAN ZAKIAHTULMISKIYAH..huhu(EIYAH JBDTP)
ha..korang tengok..betapa khusyuknya membako ayam...huhuh..dok tenung lagi tau ayam2 tu..kompem ISO pun bg lesen ..apatah lagi SIRIM..AYAM BAKO BAIK PUNYER!

selain ayam yg kami bli dan ternak sdri ni..hihi..ader gak menu lain iaitu
SPAGHETHI ALA FOTANTE BAQUACHESSOMBAK DE PANTAI NOO MYAMOR.. :)
ha amik korang..nama nak MAHAL je..sakit krongkong sebut..

kitorang buat gak makanan sampingan lain macam ni..
(hangus tau..yg tak hangus tu tuan punyer blog yg goreng..chomey kan??aha..see the leg la kan...)

ade gak dessert yg kitorang buat MADE BY JBDTP...
ni dia..!!!!tadaaaaa....
NMPK JE HUDUH..NI BARU JE SIAP MASAK..SEDAAP...

ni la antara org di sebalik tabir yg sempat di rakamkan pic nyer oleh PAPARAZZI..

selain tu turut dbantu oleh...

ni bibik2 yg kitorang cilok dripada ngra jiran ZIMBABWE..chomey+pandai masak..
mane nk cari dah zaman skrg bbik yg ader sijil ISO N SIRIM ni..susah tau..hoho

gambar semasa sesi makan memakan ..ala2 makan biadap..tapi BERADAB... :)
NI LAH MAKSUD PERIBAHASA "KENYANG PEROT SUKA ATI"
NI..TENGOKLA..GELAK SAMPAI TAK NMPK MATA...

ANTARA BARISAN TETAMU VVIP YG HADIR MNCEMAR DULI...


BERGAMBAR NGN PEMINAT AKU...HUHUHU..WELL.. :p

oopsss!!! HUHUHU..BAKAL AYAH DAN IBU...CAAAK!!!

GAMBAR PERTAMA....SEMUA SAY kejuuuuuuuuu~~~~ CUBA TENGOK MATA JUE..WAU BERKILAU..PASTINYE INNERSHINE kan??

KAMI SALING CINTA MENCINTAI..BERSAHABAT SELAMANYA..INSYAALLAH..



Ni adlah event yg biasa2 je..harap maklum la..bukan tak nak jmput mana kawan2 yang kitorang knl..well sekali lagi biasa2 je ni...
insyaAllah ada rezeki lebih..kitorang geng JBDTP akan buat la majlis open house JBDTP..itupun stlh dapat sponsor drpada dto'..tan sri...dan yg sebagainya...
tak pun tunggu salah sorang dapat gelaran DATIN...
huhuhu..
kayla korang ...
sampai ni jela nk berceloteh.ada masa..ada jodoh..entry lain lagi yaaa...
kay Assalamulaikum...terima kasih coz sudi baca..

Friday 16 September 2011

BUAT AWAK..pss~~ ye awak la..meh la baca..

Buat awak.....
yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!
Hmm...nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
Nak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …
Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...
siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …
hmmm... tunggu la....hehe...



Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”

awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diri
awak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je ...sebagai satu
Motivasi buat awak...!
hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalah
jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...
hmm...betul ni.... boleh hilang........
ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak... :)
hehe...it is simple kan...!? =)... So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup! Betul ni, BEST....!
sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....



Awak & fitrah awak....
Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat
dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan
kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak :) ...oh ya ka.... hmm :) awak kan lebih pandai dalam
mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...


~~hellooo..!!!

....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah.....
hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih
labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun
pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk
cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga
pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke
kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?
Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan
yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik
sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!

hehe...itu kan fitrah.....

Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak
komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan
pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak
kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk
tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini
hensem & cool...kan...kan.....kan....
hehe...itu kan fitrah....
Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...
apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta
yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best
je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn
mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni
macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe
'feeling' la tu....

hehe itukan fitrah....

Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &
selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan
keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dlm
persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang
awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat”
kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..



Hellooo..!!!~~

tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman
awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu
ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....

Hellooo.........!!!~~

tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje
lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best
tau...hehe
aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang
kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga
kan.. ;)

biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...

Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....
awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej....
sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu
kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...
baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool
nye...cool nye.....~~
aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla
dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....
….itukan fitrah...



Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....
Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab
ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan
suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut
menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu


da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......
~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab
awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah
cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair
semudahnye kan....hehee...
...nasib baik awak teringat kembali.....


hehehe...itukan fitrah.....


hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan
inspirasinya dengan sabda baginda..:

---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------

....alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak
kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS
Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu.... :)
… ...hehe.. senyum sikit awak..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....


dari tadi lagi kan..asyik sebut

fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah
dibua-buai....?

…..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”....

betul tak awak?

disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......
bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu...
kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini...
Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg
lain pasti sedang menanti awak...

macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah
pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....

------------------------------------------
so...

bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan awak itu...?

tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?




dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ...
selalu bermujahadah & menantikan awak....
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak ....
kerana....
dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! =)

(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))
(TERASA GAK YG BUAT ENTRY NI)hihihi...

Monday 5 September 2011

Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM.....

Note ni saya amik dari note salah seorang sahabat saya kat fb ni..
note yg mrentap jiwa ppuan zaman sekarang.. yg giler dgn fesyen tudung hana tajaima la..yuna la..tak salah bagi saya nk pakai shawl..tapi jgn tabarruj~~




Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT


Wednesday 3 August 2011

kaSi beRsiH haa (-_^)/ Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.Nape? korang igt aq yg dapat bagi petua..
kalau aku lah yg bagi petua..boleh ikut..mane yg ok je la..huhuhu

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih." (jgn pulak malas2 nk solat..ni bulan ramadhan je solat tak tggl..bulan lain?
hampeh…bdoa? Yupp..bdoa sntiasa..kita ni hmba kne rajin meminta pada yang kuasa..)



2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.(korang jangan tau nak melabur kat saham dunia jer..saham akhirat
korang lupe..rajin-rajin salawat ke atas nabi..nabi selalu ingt kita..Kita?? ade dop ingat nabi?
Dok nyebut nama Buayafriend n Gelifriend jo)



3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda. (ha solat taubat..korang ade tak buat dosa?
Tak yah menipu la kalau korang kata tak da dosa..kita ni bukan maksum weyy…
Mintak doa pandai..”Ya Allah kabulkan lah Doaku”..
Tapi tak sedar..diri banyak dosa..nak mintak Allah kabulkan cepat2.. tapi tak nak taubat..tak malu ke?



4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.( Dah.. tak nak la dengar..”aq tak tau mengaji la..” lagi “aq mengaji slow-slow
la..tak lancar”…ustad aq cakap..kalau kita selalu rajin baca Al quran..bacaan kita makin
lama makin lancar..sebab kita selalu berdamping dengan Al Quran..tak caya try la
korang tak try .. memang tak la nak lancar sebutan n tajwid semua..BELAJAR)



5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.( ingat raya je ke boleh mintak maaf? Hari-hari boleh tau)



6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).



7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).



8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan. (Oh..sangat suka bulan puasa)



9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan. (jangan kedekut arrr)



13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).


14. Berkawan dengan ulama. (jangan tau cari kawan yang ajak g karaoke..tengok wayang jer)



15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).(jangan fikir korang kaya..dengan orang kaya je korang nak bergaul..konon nak jaga air muka..huh..macam bagus sangat je.,)


16. Pesan pada orang, jadi baik.( jangan pulak kita yang pesan ni tambah tak baik..sedar-sedarkan dirimu..jua Diriku..huhuu)



17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



HA ITU SAJE LA PERKONGSIAN UNTUK HARI NI.. JANGAN LUPA PRAKTIKKAN YE!
JANGAN TANYE BILA NAK JADI USTAD..TANYE LA BILA KITA NAK START?..HUHUHU…..Ok ..MAA’ASALAMAH WA ILAL LIQA’…

Wednesday 20 July 2011

APA NAK KATA?? REDHA..EIYDA SAYANG KORANG SEMUA...HU~~

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥


•♥• Rintihan Dari Seorang Hamba •♥•

...

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami
hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,
Jadikanlah aku hambaMu,
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan
hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.


Ya Allah,
Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan padaku.
Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar ini.
Pimpinlah aku menjadi WANITA SOLEHAH DAN BAIK BUDI SERTA AKHLAKNYA.


Ya Allah,
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat


amin~ ~ ~
kepada rakan-rakan seperjuangan …teruskan usaha kamu…teruskan berjalan..jangan toleh ke belakang.InsyaAllah ida akan doakan kejayaan korang.Walaupun kita nanti tak sehaluan lagi, dan walaupun kita tak akan bersama lagi..Aku ..Ida ni tetap SAYANG korang.
Dan jangan pernah lupakan kenangan kita bersama..tangis kita bersama..dan jua gembira kita bersama..
aceceh TERJIWANG pulak..


Buat kawan-kawan yang akan melangkah kaki ke menara gading tak lama lagi ni..jangan pernah dan JANGAN SESEKALI lupa satu sama lain…FB ader tok kita saling tanya khabar..HP ida pun ader number kan??huhuu…
sedihnya bila dah jadi macam ni..semua nak bawak haluan masing-masing..jauh tecampak..tapi takpe korang sahabat DAIMAN FI QALBI..biasalah kehidupan setiap pertemuan mesti ada perpisahan..apa jua keadaan aku akan tetap usaha untuk mencari kejayaan bersama..(terima kaseh kat cikgu BM..dapat TERtulis ayat power camni)hihi

buat akak SAKINAH ABDUL RAHMAN..sayang akak ooOO..selalu sangat bagi semangat dan kata-kata dorongan..walaupun ida selalu mengadu dan agak menyusahkan (ida rasa la) akak sporting je..ni yang buat ida tambah sayang ni..

buat jua kawan-kawan..cikgu yang bagi semangat dan kata nasihat..kan ku semat dalam hati..kunci ketat-ketat..InsyaAllah.. 


Doakan kejayaan ida ..insyaAllah..ida tak kan putus asa..doakan jua untuk semua..
SAYANG KORANG…


P/S: teringat pesanan kak kinah yang sangat mendalam dan penuh makna bagi aku..
“TUHAN BAGI KITA SEMUA TU ADE HIKMAHNYA YANG KITA TAK TAU..INSYAALLAH ADA KEMANISAN DAN KELAZATAN DISEBALIK KEPAHITAN YANG SEMENTARA NI..SEMUA NI NAK TENGOK CAMNE KITA HADAPI SITUASI GINI”..huuu~~

Monday 18 July 2011

♥ 10 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham ♥

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.Saya sangat sokong ni!

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.Taklah sukar nak di fahami...cuma kadang-kadang lelaki ni berkira sangat..

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

* SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

* CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

* HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

* IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

* PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

* PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

* MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

* EGO

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

* CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

* SEKS

Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


P/S: JANGAN LALAI DENGAN "CINTA"..

Saturday 2 July 2011

~~~~ blog atau note bukan sekadar riadhah fikrii~~~

blog atau note bukan smata2 riadah pmikiran atau tmpt kita tulis apa yg kita nak..pastu biarkan..

Blog adalah 1 medan nashyru fikr atau bahasa mlayunya,pyebaran fikrah yg baik.lebih-lebih lagi bila kita dah tau bahawa pperangan hari ni bukan smata2 peperangn senjata, tpi juga pperangan ideology atau dlm bahasa arabnya ghazwah al-fikr.Banyak saja blog dan laman web yg wujud nak hina islam,hina Allah dan Rasulullah..
myebarkan salah faham dalam agama dan kalau tak fokus pda agama scra langsung pun,byk blog dan laman web yg cerita pgendalian masalah jiwa dgn cara yg salah dan sebagainya.tak kurang jugak ada yg guna ayat-ayat lucah,tak senonoh,tak sopan.

Oleh itu wujudnya blog yg soleh dan solehah adalah salah 1 pkara pnting dan plu dlm zaman sekarang ni.Bahkan plu d pbanyakkkan.. ingat kata sorang teman “kalau mati adalah la jugak khazanah kita kat org”

Banyak da sekarang orang ada blog..tpi kita kna lihat apa isi blog kita??
“adakah blog/note aku ni bmnfaat utk islam?”
“apakah blog/note aku ni syarak???
atau dlm erti kata lain lah..tak ada pkara2 yg Allah larang atau ajak kpda pkra yg Allah larang.

kalau dah ada blog ni KONSISTEN tu pnting..busuk2 pun dlm smnggu tu skli..or 2mnggu sekali update..

Ramai yg cakap promosi blog sama saja dengan cari popularity, POyo.. ini 1 kesilapan ..pkara ni kna buang.Kalau betul nk sebar islam seluas mungkin 2 pkara yg kita kena cantas dlm diri kita ialah  “malu utk sebar bnda baik”dan “takut nanti orang kata apa”..
Yang patut malu ialah yang memang sebar utk cari popularity saja.

Kita keluar dari trend “sekadar mahu ada blog”atau trend “semua org ada blog”kita cipta arus islam dlm blog kita dan kita ekpensikan seluas yg mungkin

Pgisian dlm blog….ada pulak org akan kata “aku bukan ustaz/ustazah la”ada pulak yg kata “ana mana reti nk tulis panjang2”SEBENARNYA nk sebar islam tak semestinya jadi ustaz/ustazah tak semestinya buat artikel panjang-panjang.

cukup kaitkan dgn hidup kita ..keliling hidup kita ..peristiwa2 dan pgajaran dripada peristiwa tersebut dan hubungkannya dgn Allah swt.
Sekiranya kita serius dlm mlksanakan hal itu ..saya tak terkejut dgn pnmbahan ramainya org faham islam ..yang sukakakn islam.

Saya cakap ni bukan seruan supaya semua orang berblog..dakwah ada banyak cara lain.. saya tengok ramai sahabat2 saya yg pandai berkata2..pandai susun hujahnya…

tak salah kita gunakan minat kita untuk islam..
macam saya suka membaca dan menulis.. SHARING IS CARING…
J

Pastikn amal kita bermanfaat utk islam.

Akhirnya 1 pesanan ..jgn pula lemas dlm laman web blog atau pesbuk ni..
Blogger yg baik adalah yg baik juga d alam reality..
Walaupun mungkin d alam reality dia tak d cari spti d alam maya (mungkin jnis yg mrendah dri, sembunyi nama dan sebagainya)..Kita tetap ada kewajipan jadi hamba Allah yg d redhaiNya.

Hidayah itu adalah milik Allah. Jika benar kita buat ni nak bg manfaat utk islam ..hendak sebar hidayah Allah dgn luas..Maka kita sdri perlu baik dengan Allah..Bukan lah nk ckp hidayah tu kat ujung jari kita ttpi Allah la pmilik hidayah yg sebenarnya.

Maka jangan lah kita anggap blog atau note yg kita buat sebagai “1 tempat mengajar orang lain”  tpi lihatlah ia sebagai “satu medan memperbaiki diri” dan mengajak orang lain ke arh yg sama..
nk jadi baik ,,nak buat baik kena lah kongsi-kongsi”

insyaAllah …manfaatkanlah minat anda !
jadilah da’ie yg moden dan tak kedekut ilmu…