Wednesday, 3 August 2011

kaSi beRsiH haa (-_^)/ Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.Nape? korang igt aq yg dapat bagi petua..
kalau aku lah yg bagi petua..boleh ikut..mane yg ok je la..huhuhu

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih." (jgn pulak malas2 nk solat..ni bulan ramadhan je solat tak tggl..bulan lain?
hampeh…bdoa? Yupp..bdoa sntiasa..kita ni hmba kne rajin meminta pada yang kuasa..)



2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.(korang jangan tau nak melabur kat saham dunia jer..saham akhirat
korang lupe..rajin-rajin salawat ke atas nabi..nabi selalu ingt kita..Kita?? ade dop ingat nabi?
Dok nyebut nama Buayafriend n Gelifriend jo)



3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda. (ha solat taubat..korang ade tak buat dosa?
Tak yah menipu la kalau korang kata tak da dosa..kita ni bukan maksum weyy…
Mintak doa pandai..”Ya Allah kabulkan lah Doaku”..
Tapi tak sedar..diri banyak dosa..nak mintak Allah kabulkan cepat2.. tapi tak nak taubat..tak malu ke?



4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.( Dah.. tak nak la dengar..”aq tak tau mengaji la..” lagi “aq mengaji slow-slow
la..tak lancar”…ustad aq cakap..kalau kita selalu rajin baca Al quran..bacaan kita makin
lama makin lancar..sebab kita selalu berdamping dengan Al Quran..tak caya try la
korang tak try .. memang tak la nak lancar sebutan n tajwid semua..BELAJAR)



5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.( ingat raya je ke boleh mintak maaf? Hari-hari boleh tau)



6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).



7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).



8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan. (Oh..sangat suka bulan puasa)



9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan. (jangan kedekut arrr)



13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).


14. Berkawan dengan ulama. (jangan tau cari kawan yang ajak g karaoke..tengok wayang jer)



15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).(jangan fikir korang kaya..dengan orang kaya je korang nak bergaul..konon nak jaga air muka..huh..macam bagus sangat je.,)


16. Pesan pada orang, jadi baik.( jangan pulak kita yang pesan ni tambah tak baik..sedar-sedarkan dirimu..jua Diriku..huhuu)



17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



HA ITU SAJE LA PERKONGSIAN UNTUK HARI NI.. JANGAN LUPA PRAKTIKKAN YE!
JANGAN TANYE BILA NAK JADI USTAD..TANYE LA BILA KITA NAK START?..HUHUHU…..Ok ..MAA’ASALAMAH WA ILAL LIQA’…

No comments:

Post a Comment