Sunday 11 March 2012

SPESIFIKASI CALON SUAMI YANG BOLEHLA DIBUAT SUAMI :-



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan:

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh satu kepala.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.




14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.




16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.



18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

---
Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran. Cekidautt~~ ^__^

Friday 9 March 2012

FOLLOW THE FLOW OR CHANGE THE FLOW??

Hari demi hari aku lalui perkara yang hampir sama, bangun pagi pastu mandi pastu siap-siap, pastu bergerak menuju Office Bos aku. Hari-hari aku akan hadapi kerja dan jumpa kawan yang sama, temapt kerja yang sama dan juga tandas yang sama mungkin bau sedikit berbeza.

Huhhh…..aku mengeluh panjang terasa begitu letih menghadapi perkara sama berulang kali. Mungkin kalian jua turut begitu, menghadapi situasi yang acap kali berlaku dalam kehidupan.
Pernah kalian terfikir?

Sampai bila kita mahu jadi begini. “Follow the Flow”. Atau aku perlu mengubah Flow/laluan hidup lebih fleksibel dan berbeza. Mungkin ramai diluar sana yang sudah berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan dan mungkin kehidupan mereka sudah selesa. Kenapa tidak kita turut berubah menjadi manusia yang berilmu,beriman dan beramal.









Melihat ramai manusia megah memandu kereta mewah di mana-mana membuatkan aku terfikir.Perlu ke kemewahan? atau ianya hanya satu impian semata-mata dan dimegahkan?
Aku mula berfikir dan terus berfikir. Apa sebenarnya haluan dan tujuan hidup sebenar.
Pelbagai jenis buku telah aku baca bagi mencari hala tuju sebenar haluan hidup.Memang payah jika hidup dipenuhi dengan rintangan.Tapi ianya menjadi perkara mudah jika dapat ditangani dengan bantuan Allah disamping usaha kita.





Sebut pasal usaha…

Usaha bukan sahaja menjadi perkara penting dalam kehidupan, malah sabar dalam usaha juga perlu. Bila kita dah berusaha, tapi tiada hasil.kenapa? solat kita dah, puasa pon dah…yang lain-lain rasanya dah okay.Kira aku dah okay la, tapi kenapa doa tak makbul?
Allah itu Maha Adil. Jika tiada hasil hari ini, tunggu hari esok dan seterusnya atau Allah akan memberiku ganjaran pahala di akhirat sana. Jika benar usaha kita istiqamah, Allah pasti menunaikan hasrat kita. Ingat ya…kita mengutip dan mengejar amalan untuk hidup di akhirat kelak, jika kita sedar hakikat sebenar kehidupan, InsyaAllah kita akan tersenyum dan tenang sentiasa mengiringi kita sehingga ajal.

teruslah mencari rahmat Allah.Jika usaha kita tiada hasil pada hari ini.teruskan berusaha kerana esok masih ada.bukan kita mengejar dunia semata-mata.tapi kejarlah akhirat juga. dunia ialah jambatan menuju akhirat.Kita perlu melangkah dalam dunia mengejar yang nyata dan hakiki bukan duniawi semata-mata.




“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”

Aku juga manusia biasa seperti kalian yang sedang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.Tapi apa yang perlu kita fikirkan, sudah puaskah hidup kita dengan Allah?atau kita hanya solat setiap hari tanpa muhasabah diri.Melalui hari-hari seperti biasa tanpa apa-apa perubahan dalam diri seperti:

“Aku mesti berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh .”

atau

“Aku mesti berubah menjadi kaya supaya dipandang tinggi oleh masyarakat”

Kita manusia,ada aqal ada nafsu.Anda boleh berfikir antara memilih dunia atau akhirat.
Jauh di benak fikiranku tatkala menulis ayat terakhir ini……

“Sampai bila? Aku Nak berubah…”

Hey ladies!!!!!!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dipetik daripada http://www.zaharuddin.net

Ambillah pengajaran untuk diri, keluarga, sahabat dan semua yang berada di sekeliling kita.

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya" terbeliak mata kaum adam tau!




"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


ADA JUGA KUCING YANG SOLEH ^__^

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.


SALAH SIAPA??????


NI BARU SEHARI..KALAU SEBULAN? SETAHUN? ERR..KIRA LAH SENDIRI~~

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?...
TEPUK DADA TANYA IMAN~~

YANG TERTUTUP ITU INDAH!!!!