Friday 22 March 2013

Ada Apa Dengan STPM??




SERAM??? ok ni bukan blog or entry pasal hantu.. bukan dan bukan..

Ok.. Memandangkan kat media elektronik or media cetak takde pun gossip , sharing or iklankan citer tentang STPM.. aku dengan baik hatinya nak kongsi sikit apa itu sebenarnya STPM… (baik hatilah sangat) –tangan di bahu, mata ke atas-
Tapi sebelum itu, adalah di maklumkan aku ni jugak adalah pengkritik tegar STPM… pada mulanya laah.. aku banyak dok dengar cakap orang, STPM inilah.. itulah.. lepas dah godek-godek internet, dan tanya pada yang pakar .. Aku pilih STPM sebagai jalan hidup lepas abes SPM..
Ya.. I’m X-Candidate of STPM.. Olley!

STPM (SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA) ini adalah merupakan peperiksaan untuk pelajar-pelajar Pra-U atau lebih di kenali sebagai TINGKATAN 6.


TARAF STPM
1. Setiap subjek lulus principal akan dapat taraf “Advanced level” (setaraf A-level) Cambridge UK.
Taraf A level ni sangat tinggi tau.. diploma pun belum bertaraf A-level tau… STPM dah ada.. Gempak kan?

2. Berdasarkan soalannya, samalah jugak kualiti dengan soalan peperiksaan luar Negara Cambridge CGE A-Level. Omeeyyygod..

3. Lagi satu sijil STPM ni pun laku tau kat luar Negara if kita nak further study.. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia kay… Sebab tu orang kata “STPM SUSAH”… susah ke meh?.. tak abes citer lagi..

TINGKATAN 6



Nak jadi student tingkatan 6 ni bukan mudah, orang anggap .. ‘alaaa macam budak sekolah lain je..’
"Macam student form one sampai form five laaa.."
Ohh.. sorry to say.. anggapan korang salah hokey! Menjadi pelajar tingkatan 6 tak semudah seperti apa yang anda bayangkan. Pertama sekali aku dan rakan2 seperjuangan mengalami kesukaran berhadapan dengan anggapan segelintir individu yang mengatakan STPM ni lekeh, teruk, lambat sambung degree, tak syok sebab kena sarung baju sekolah dan bla..bla..bla…bla..

Honestly bila pestime belajar sebagai pelajar form 6 kat sekolah , aku pakat jalan tunduk je, sebab orang tengok aku dengan kawan-kawan macam bekas banduan je. Tak tipu ok.. rasa macam retis pun ada jugak .. yela sebab orang dok perati kita je..

maybe mereka fikir pelajar STPM ni tak seGAH yang masuk Asasi, Matrik dan lain-lain.. Di sini bukan jeles ok..
Rezeki Allah.. bukan manusia yang tentukan.
Dan aku percaya belajar kat mana pun masih tinggal sama ada nak usaha sungguh-sungguh atau dak je..

Junior pun akan pandang semacam je.. tak semua lah.. ok daa.. mungkin aku sentap lebih..
Tapi realitinya begitu… memang ada..
Kadang-kadang pandang aku macam buat salah besar gilaa..
padahal masuk form 6 je ponn.. (OOppsss.. teremosi lebih)..
Untuk pengetahuan semua lah kan.. student yang masuk form 6 ni bukan sebab result teruk.. result diorang membanggakan ok.. (alamak terpuji diri sendiri)
tapi cuma ada statement dari sesetengah pihak yang kata student STPM ni result SPM teruk..
banyaklah hang oiii!... kami yang masuk ni, kena tapis tau..



BELAJAR TERASA ‘KEPAYAHANNYA’

dah biasa dengar “belajar apa pun mana ada yang senang”
True ! aku sokong.. mana ada belajar yang tak senang kan? Tapi belajar di STPM ni terasa kepayahannya..
bukan kata cikgu-cikgu tak masuk kelas.. cikgu aku semua KOMITED ok..!

Sejujurnya masa STPM aku banyak menangis (nangis sendiri-sendirilah).. Ya Allah banyaknya nak kena faham.. nak kena salin, nak kena baca.. Kalau exam semuanya dalam esei… buat esei satu hal.. dan senaknya lagi bukan takat satu or dua kertas .. paling sikit pun 4 helai tau.. itu paling sikit.. letaklah berapa banyak fakta yang di ingat..
Seram?? Taklah.. ok.. Idop dan berjaya je result aku.. (ohh .. puji diri sendiri lagi)..
Aku akui semua macam tu, tak kiralah matrik ke asasi ke.. tapi mungkin korang belajar dalam tajuk yang kecil lepas tu exam kan? Dan mungkin juga ada side field work kan??? Utk tambah markah kan?... hee..

Mungkin sedikit mudah.. tapi STPM.. sakitlah jiwa dan raga.. dari tahun 2009 belajar.. simpan… simpan… simpan.. sampai akhir 2010.. KELUARKAN semua…
ngeheheheh… nak-nak pulak tajuk yang keluar exam takde semuanya dalam buku.

Tingkatan 6 takde buku yang khusus macam form one or form five.. Ada silibus.
Tingkatan 6 silibusnya ada.. tapi dalam perangkaan yang luas.
Kalau subjek Sejarah STPM ..
Sila jangan berangan apa yang kita bincangkan selama setahun setengah itu akan keluar semua okay..
Mungkin ada.. tapi corak dan tajuknya berbeza..
Bila ada masalah dalam macam ni..
Cikgu-cikgu Form 6 aku akan cakap gini .. eheem .. “Kalau kamu boleh jawab soalan STPM dan dapat result yang bagus.. kira kamu lebih bagus dari mereka yang pergi Asasi dan Matriks.. Sebabnya STPM ini peperiksaan yang paling PAYAH…. Overall semua cikgu kata macam ni.. (haaa takut ke?? )

Selepas melaluinya, aku sangat setuju dengan kata-kata cikgu aku. Kalau tak sebelum ni rasa macam cikgu aku buat ayat untuk sedap hati jeww..
TERIMA KASIH cikgu, sebab cikgu selalu ingatkan saya dan kawan-kawan supaya bersabar dan sentiasa berusaha.
Now.. rata-rata dah sambung degree... siapa kata buang masa?? siapa kata lambat??? SATU SETENGAH TAHUN saja ok...

Kat sini aku nak selitkan nasihat untuk adik-adik lower or upper six atau pun pelajar yang nak pilih STPM ini sebagai jalan selepas SPM… nasihat akak PLEASE FOCUS! Jangan banyak main, banyak sembang ke, banyak facebook ke, banyak mesej ke.. yang ada buayafriend or gelifriend, kalau boleh suruh tunggu sampai korang abes STPM.. sepatutnya toksahlah ada ‘boy-boy’ or ‘girl-girl’ ni sangat kan...
Kang tak lulus kena repeat balik.. takpun buat Diploma.. haaa.. itu baru BUANG MASA namo eh.. if DEDIKASI.. tak mungkin jadi..

BANYAK MAJLIS KENA HANDLE

Aku bukan cakap form 6 ni bajet bagus sebab banyak majlis kena handle.
Padahal majlis kecil je kan?? Ala majlis kat sekolah.. tak besar mana pun..
Kalau di sekolah, kebanyakan majlis akan di kendalikan pelajar paling senior, which is form 6 lah..
aku sejujurnya tak kesah sangat.. sebab memang aku suka handle majlis-majlis ni, buat itu.. buat ini .. rasa macam best.. sebab dari situ aku belajar sesuatu… buat backdrop, buat buku program, jadi emcee..
(fuyyo.. fuyyo.. )
pengalaman dan pengalam menjengah.. so taklah buang masa.

nanti kat Uni pun akan terlibat, jadi bila dah ada pengalaman.. taklah kekok mana kan..
Dari sini jugak kita boleh belajar untuk bahagi masa..
kalau dah bulan 6 tu.. focus saja pada exam yang akan menjelma..



So, bagi yang nak pilih STPM…
anda dah buat pilihan yang bijak.. toksah lah nak pinjam duit PT .. korang pinjam bila nak buat degree je nanti.. jimat masa.. yang penting STRUGGLE.. FOKUS.. itu saja…

Lagipun .. untuk tahun 2013 ni, STPM dah tukar ke system modular
(google la sendiri apa pulak system modular tu eh… malas dah nak membebel panjang.. ) 

SEKIAN.. ASSALAMUALAIKUM..

DEGREE.... DEGREE...




Friday 22 February 2013

“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.”
Lafaz janji aku buat Allah .. sebagai insan dan HambaNya di dunia..

Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga kuucapkan kepada-Mu ya Ilahi kerana Engkau masih memberi aku peluang dan ruang untuk terus menapak teguh di atas muka bumi-Mu ini... Fuuuuu~~ bernafas dan bernafas lagi..

Tersentap hati bila baca satau doa untuk solat Qiam dalam Buku Himpunan Doa.. nah, aku kongsikan.. :)

“Ya Allah, dosa-dosaku seluas buih di lautan-Mu, seringkali lalai dan leka dengan nikmat-Mu, sering mengeluh apabila dititipkan ujian di sepanjang likuan hidupku. Allah, jarang sekali aku bersyukur dengan segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Demi-Mu Ya Allah, sebagai persaksianku pada malam ini, Engkau Maha Memahami dan Mengetahui apa sahaja yang terpendam dan terlintas di segenap sudut hatiku. Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, maka, Kau ampunilah segala dosa-dosaku, ampunilah dosa-dosa ummi dan ayahku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan sepenuh kasih dan sayang mengasuh, menjaga dan mendidik sejak dari kecilku, ampunilah dosa-dosa saudara-maraku, dosa-dosa guru-guruku, sahabat-sahabatku serta seluruh umat manusia yang merasai nikmat Islam-Mu, selamatkanlah bumi Palestin, Gaza dan Syria, kentalkan hati-hati kami berjuang demi Ad-Din-Mu. Tetapkan pendirian kami, mantapkan iman kami, matikanlah kami dalam Iman. Sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat kami berserah diri. Amiin.”

Hari demi hari berlalu macam tak rasa. Sedar tak sedar dah lebih 21 tahun aku diberi pinjaman nikmat iman dan nyawa untuk terus menggalas sebuah tanggungjawab sebagai khalifah Ilahi di muka bumi ini. Emmm, tapi honestly aku fikirkan, berapa peratus sangat lah tanggungjawab yang dah aku sempurnakan? 1 peratus? 2 peratus? Atau takde langsung, or ada lagi charge yang masih tertunggak?? Allahu Robbi. Kadang-kadang menerpa dalam hati...
‘Allah, aku gagal lagi. Tolong aku.’ Tapi, kat mana aku campakkan nilai penyesalan yang mungkin beribu or mungkin berjuta kali pernah menapak dalam hati. Tak pernah cuba nak hargai apa yang Kau bagi. Bila rasa diri lemah, baru terngadah dan terhegeh-hegeh Engkau aku cari. Tapi, bila bersenang-lenang, jarang sekali bibir ni basah menyebut nama-Mu, Yaa Ilahi.
Yep, itulah aku, insan yang bergelar manusia. Yang masih terkapai-kapai dalam lautan dunia, selalu saja hampir karam dan lemas, tapi dengan Pertolongan-Mu yang Maha Luas, selalu jugaklah Kau tarik aku kembali naik ke atas. Macam tulah fitrah aku sebagai insan yakni manusia, sejauhmana pun aku cuba lari dari Tuhan, tapi dan tapi, jauh di sudut hati, aku terlalu mendambakan Al-Haq dari Sang Pencipta. Yep ! Al-Haq. Satu ungkapan yang ringkas saja bila didengar, tapi padat dengan makna yang mendalam dan tersirat. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Yang demikian itu kerana sungguh, Allah, Dialah yang hak, dan sungguh, Dialah yang menghidupkan segala yang telah mati, dan sungguh, Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. (Al-Hajj 22)

Allah. Itulah yang sangat aku rindu setiap saat. Tak aku nafikan, kekadang, hati ni terlalu mudah beralih arah, maksud aku, hati ni mudah sekali terusik dengan cobaan-cobaan dunia, yang sebenarnya tujuannya nak menguji tahap keimanan di paras apa, tapi, aku jatuh.. selalu jatuh.. dan terlena dibuai kesenangan dunia. Ya, dunia ni sebenarnya penuh dengan 1001 tipu helah. Aku lah antaranya menjadi mangsa tipu dayanya. Yang selalu terikut-ikut dengan budaya yang entah dari mana datang dan ke mana halatujunya. Sambil aku menyelak Manual Hidup aku, Allah izinkan aku jumpa satu ayat yang menyentap jiwa. Nanges bila baca..Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Al-An’am 6:32)

Allah. ‘Terasa’nya hati, macam ada orang ketuk kat kepala.."pap" "pap"..Ya Allah bila aku tadabbur ayat ini. Kuatkan hati aku untuk teruskan penulisan aku pada kali ini, dan harapnya ada manfaatnya pada mereka-mereka, si gadis-gadis dan pemuda-pemuda harapan agama, yang mana sangat mendambakan maghfirah dari-Mu, macam aku.. insyaAllah seandainya benar Kau izinkan, walaupun aku sedar, aku terlalu jauh dari kesempurnaan, hanya dengan sebab nak dapat kecintaan dan kasih sayang dari-Mu, aku gagahi... Aja-aja fighting!

Allah, bila aku hayati ayat ini, terimbau segala kenangan lalu yang pernah kau pinjamkan untuk aku, sekarang pulak masanya aku dapat muhasabah kembali diri yang penuh dengan khilaf. Syurga-Mu, emm ..terlalu jauh untuk aku pergi. Terlalu mulia tempat tu untuk insan hina ni yang penuh dengan ribuan dosa di hati. Tapi, jiwa aku ni lagilah tak kuat nak menghadapi neraka-Mu yang marak apinya menjulang tinggi. Satu saja aku mohon ..Kurniakanlah aku petunjuk, aku tak lagi berada dalam kesesatan, buang masa dengan perkara yang lagha.. Hanya dengan itu jiwa aku kembali tenang. Hanya dengan selalu ingati-Mu, hati aku akan tenang. Sungguh, janji Engkau itu PASTI. Jangan Kau tarik pula Hidayah setelah di lemparkan pada aku.. itu aku tak mahu..

Allah, dulunya aku mungkin tak seperti ni. Aku tak pasti sama ada keikhlasan di hati jadi tonggak utama dalam meraih redha Ilahi dalam membuat sebarang perkara, atau hanya didominasi semata-mata ikutan duniawi. Ya, sepatutnya setiap amal kebajikan yang dilakukan hanya kerana-Mu. Hanya berobjektifkan redha dari-Mu. Tapi, kadangkala hatiku goyah, bergegar dek tipu daya budak jahat yakni iblis laknatullah. Aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang kucari selama ini. Kecintaan? Kebahagiaan? Kesenangan?
Bila rasa bahagia, lupa segalanya. Lupa apa sebenarnya yang sepatutnya aku utamakan. Lupa siapa yang memberi bahagia. Lupa untuk ucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai tanda syukur. Bila rasa dicinta, lupa siapa Pencipta cinta. Bila rasa senang, goyang kaki tanda megah. Tapi,bila sekali jiwa aku direntap dek ujian bertalu-talu, siapa yang aku cari? Siapa yang aku damba menemani setiap jaga dan malam aku? Allahu Robbi. MALU! MALU.. manusia macam apa aku ni.
Oh! Dulu, terlalu prejudisnya aku terhadap setiap ujian dan dugaan dari-Mu. Aku selalu fikir, ujian yang datang tanda Kau tak sayangkan aku. Sungguh tak adil penilaian. Melulu menuduh, membuta tuli! dan mengkhinzir buta.. Hinanya aku. Tapi, Engkau tetap setia menjaga dan hulurkan bantuan buat aku setiap saat dan ketika melalui insan dan pemberian yang tak ku jangka. Malunya aku Tuhan.

Sesungguhnya, dalam sujudku, hidupku, matiku hanya untuk-Mu, Allah Tuhan yang Maha Mentadbir Sekelian Alam, Maha Pemurah dengan Maghfirah. Allah, ingatkan aku andai aku terlupa . Sedarkan aku dengan ayat-ayat amaran-Mu andai aku terleka. Peluklah aku dengan kerinduan-Mu, setiap detik waktu berlalu. Lindungi kalbuku dari rasukan tipuan dunia. Sucikan pancainderaku dari segala kekotoran zahir dan batin. Tuhan, secara jujurnya, siapalah aku nak mendambakan syurga-Mu. Siapalah aku nak menjadi bidadari di taman-taman syurga-Mu. Kotornya jiwaku dek khilaf diri yang lara. Maghfirah-Mu amat kudamba. Tidak layak aku rasa untuk menapak di taman-taman syurga-Mu, namun tak pulak, aku terdaya untuk menahan siksa api neraka-Mu.

Kita manusia biasa. Kita sering lupa dan leka. Sebab itulah kita perlu dinasihatkan sentiasa. Supaya kita tak terus terlena. Kadang-kadang manusia diuji dengan perkara yang remeh-temeh. Tapi disebabkan tak sabar, mereka terlepas peluang yang hebat. Sabar itu penting untuk mendidik diri. Aku mula sedar diri. Aku tak mahu menoleh ke belakang lagi. Aku cuba dengan sedikit kekuatan yang masih tersisa. Kudrat dianugerahkan yang takda galang-gantinya. Setiap yang solehah itu ada masa silamnya yang gelap. Dan setiap pendosa itu sentiasa akan ada masa hadapannya yang cerah. Sebaris kata-kata yang aku kira penyuntik semangatku untuk terus bingkas bangun. Mungkin benar, seseorang yang penuh dengan kisah silam terdahulu, tak mustahil mempunyai masa hadapan yang gemilang kemilaunya dan tergolong dalam kalangan orang paling bertaqwa dengan izin Dia. Pokok pangkalnya, adalah dari hati, apa dia benar-benar.. IKHLAS memohon taubat nasuha dari-Nya, airmata yang berbaki menjadi segala saksi, dia benar-benar serahkan jiwa dan raganya hanya untuk Tuhannya agar tak kembali kepada keadaan sebelumnya. Antara pintu yg paling luas di dalam Islam ialah pintu TAUBAT. Selalu saja terbukak... 24 Hour..So,nak tunggu apa?? kembalilah kepada Allah, genggam eratlah dengan tali Allah, empunya Al-Haq. Bukan sekadar terlantun dibibir saja, biarlah di hati maknanya hadir. Allah Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hamba-Nya, sungguh tak terlepas walau sesaat pun apa yang berada di hati dan fikiran mereka, even daun-daun kering yang berguguran jatuh ke bumi dari pokok pun turut berada di dalam pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar 39:53)

Yang menerima ibadah kita adalah Allah. Yang akan memberi pahalanya, Dia jugak. Bukan manusia. Jadi, pedulikan suara-suara sumbang yang berdesing di telinga. Siapa mereka nak menuding jari sana sini??... Umpama mereka suci dari dosa. Mafhum dari sebuah hadith riwayat Bukhari dan Muslim,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunya”.
Usah persoalkan, ‘Aku lebih baik dari dia’,
‘Dia tu dulu masyaAllah, punyalah teruk’,
‘Nasib baik aku tak terikut dia dulu, kalau tak, habislah aku’, dan sebagainya.

Segala amalan di dunia, di bawah penilaian dan perkiraan Dia yang Maha Kaya. Tak perlulah terlalu bongkak dan megah dengan apa yang kita ada, itu semua takkan kekal selamanya. Sifat ‘ujub dan riya' perlu ditepis.. cuci sampai bersih.. sebab segala kehebatan hamba seharusnya disandarkan kepada Pencipta. Allah boleh mencabut setiap satu dari nikmatnya tanpa perlu mintak izin hamba-Nya pada bila-bila masa.ANYTIME!
Sekali saja Dia berkata, ‘Kun faya Kun!’, maka jadilah ia, hilanglah segala yang dipertahankan dulunya, barangkali jugak boleh musnah seluruh dunia hanya dalam sekelip mata.Macam Tsunami..
Ibrahnya, jangan terlalu taksub dengan nikmat dunia yang hanya sementara sebab itu hanyalah sebagai perisai perantaraan dari Tuhan buat hamba-hamba-Nya bagi mereka yang berfikir. Percayalah, ujian dan dugaan yang ada adalah sebagai tanda sayang, kasih, cinta dan rindu Pencipta kepada yang dicipta, bukan nak mendera tapi untuk mendidik jiwa-jiwa hamba untuk lebih menghayati erti sebenar Iman, Islam dan Ihsan. Tapi, jangan dibuang terus dunia. Dunia yang sementara, tetap penting. Itu merupakan satu destinasi bagi menentukan di mana tempat kita di akhirat nanti. Akhirat yang kekal. Nun di sana, cita-cita kita. Nun di sana, tujuan sebenar hidup kita. Harap dunia hanya di tangan saja, bukannya di hati untuk dicintai.Harapan manusia kena diiringi dengan usaha yang berterusan dan bertawakal selepasnya. Jangan pulak jadi seperti pepatah Melayu, “Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan”.
Apa-apa saja yang diharapkan, impikan atau mahukan sebenarnya bergantung kepada takdir yang ditentukan secara mutlak oleh Allah yang telah dirancang dan ditentukan demi kebaikan umatnya...

Pesan buat hati... pesan buat diri..
Kembalikan hati ini kepada Pemiliknya. Pemilik yang memiliki segala-galanya. Hanya kepada-Nya tempatku mengubat hati dan hanya dengan kembali kepada-Nya hati mampu dipujuk. Bagiku, cukuplah Allah sebagai Penolong, dan cukuplah Allah sebagai sebaik-baik Pelindung. Aku tak mengharap manusia.. Bersungguh-sungguh kembali kepada-Nya, sehingga sampai saat yang kita sedar dan rasai kehadiran-Nya di sisi. Apabila tiba saat tu, tak akan ada satu yang mampu menggundahkan hati walaupun seluruh hati membenci. Sesungguhnya kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

“Ya Allah ya Tuhanku, berikan keafiatan pada jasadku dan keafiatan pada pandanganku dan jadikan ia barang warisan buatku. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci bagi Allah, Tuhan semesta alam.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Amiin ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih ya Ilahi. Aku sayangkan-Mu.

Wednesday 20 February 2013

LAIN PADANG LAIN BELALANG



Ok, entry kali ni aku nak kongsikan tentang pendidikan aku.. Aku merupakan pelajar lepasan STPM( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA)..
Kenapa aku ambil STPM .. awat tak pilih Universiti or kolej-kolej yang berlambak kat luar tu untuk sambung diploma? Jawapan aku “ADA AKU KESAH”… hee..
Tak la.. Sebenarnya aku adalah pengkritik tegar STPM, nak dijadikan cerita aku banned betul siapa-siapa yang nak sambung STPM.. tapi alih-alih ini yang aku pilih.. Inilah bukti “BENCI TAPI CINTA”..
Aku kan suka ikut kawan, so bilamana kawan aku ramai yang pilih STPM.. so saya join!



Desas-desus khabar angin yang mengatakan “STPM NI SUSAH SANGAT”, “STPM NI BUANG MASA”..
Ye.. memang betul.. kalau awak tak belajar betul-betul memang lah STPM tu SUSAH dan BUANG MASA..
Tapi sebenarnya, kalau kita pulun dan struggle ..InsyaAllah, pasti awak akan kata “Alhamdulillah aku pilih STPM”.. Sebenarnya adalah langkah yang baik untuk pilih kerana STPM ni macam jugak DIPLOMA.. kita lulus boleh terus sambung ke DEGREE.. Makan masa belajar hanya 1 setengah tahun saja.. jimat kos.. tak payah nak pinjam duit PT.. DIPLOMA nak kena pinjam duit PT, masa belajar 3 atau 4 tahun.. kan??
If nak sambung Degree?? Nak pinjam lagi.. botak kepala.. tak kawen la.. hutang keliling pinggang.. Kalau ada mak ayah kaya.. takpe.. Lagipun STPM zaman aku, dah seperti pelajar-pelajar U dan Matrikulasi. Pengiraan subjek STPM ikut CGPA.. dan kami bukan di gelar “PELAJAR TINGKATAN 6” tapi “PELAJAR PRA-U”… Kolokium, presentation.. samalah macam di Uni..



Dan aku, Alhamdulillah, bila dapat result STPM.. aku Berjaya untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat Degree, takyah repeat lagi.. Memang itu yang di rancang dalam hidup.. Aku pun mohon UPU… kali pertama GAGAL diterima.. Kali ke dua aku di tawarkan Kos Bussiness in Marketing di UNIMAS..
tapi tawaran ini terpaksa aku tolak.. bukan aku ngada tolak.. tapi aku nak utamakan family dulu. Sebenarnya berita tentang tawaran ini tak pernah aku beritahu pada parents aku mahupun kawan-kawan terdekat.. Pada masa dapat info tawaran tu, hari sama jugak bapak aku kena tolak ke hospital.. masuk wad untuk pembedahan.. hingga sekarang selepas pembedahan dia mencuba untuk kembali sihat seperti biasa.. Aku sebagai anak , rasakan ini masanya untuk aku utamakan keluarga daripada diri aku dulu.. lain orang lain perjalanan hidupnya.. Nak menuntut ilmu tu dimana saja.. Cuma perlu kena cara dan gurunya.. Untuk aku, Allah dah rancang, perjalanan aku untuk mengenggam “En.Degree” berliku sedikit.. tak sama dengan kawan-kawan lain.. Bukan terhenti tapi tertangguh.. Pengalaman hidup dan bekerja dalam bidang yang aku pernah kerja dan sedang kerja ni pun sedikit sebanyak menambah ilmu.. “ASSISTANT AREA MANAGER, ADMIN MARKETING, dan SALES COORDINATOR..

Ingat firman Allah “Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)


Ada sahabat yang pernah bertanya pada nabi saw “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab: dalam sabdanya yang buatkan hati ini terhibur sedikit dari luka
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)



Usaha.. dan terus usaha.. Allah takkan mengubah nasib hambaNya melainkan hambaNya itu sendiri..

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. IKHLAS, SUNGGUH dan SABAR.

#Busy kan diri dengan ilmu agama, mawlid, program-program agama.. salah satu cara aku sekarang untuk tambah ilmu dan pengalaman.. seriously.. ianya MEMBANTU..