Friday, 22 February 2013

“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.”
Lafaz janji aku buat Allah .. sebagai insan dan HambaNya di dunia..

Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga kuucapkan kepada-Mu ya Ilahi kerana Engkau masih memberi aku peluang dan ruang untuk terus menapak teguh di atas muka bumi-Mu ini... Fuuuuu~~ bernafas dan bernafas lagi..

Tersentap hati bila baca satau doa untuk solat Qiam dalam Buku Himpunan Doa.. nah, aku kongsikan.. :)

“Ya Allah, dosa-dosaku seluas buih di lautan-Mu, seringkali lalai dan leka dengan nikmat-Mu, sering mengeluh apabila dititipkan ujian di sepanjang likuan hidupku. Allah, jarang sekali aku bersyukur dengan segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Demi-Mu Ya Allah, sebagai persaksianku pada malam ini, Engkau Maha Memahami dan Mengetahui apa sahaja yang terpendam dan terlintas di segenap sudut hatiku. Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, maka, Kau ampunilah segala dosa-dosaku, ampunilah dosa-dosa ummi dan ayahku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan sepenuh kasih dan sayang mengasuh, menjaga dan mendidik sejak dari kecilku, ampunilah dosa-dosa saudara-maraku, dosa-dosa guru-guruku, sahabat-sahabatku serta seluruh umat manusia yang merasai nikmat Islam-Mu, selamatkanlah bumi Palestin, Gaza dan Syria, kentalkan hati-hati kami berjuang demi Ad-Din-Mu. Tetapkan pendirian kami, mantapkan iman kami, matikanlah kami dalam Iman. Sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat kami berserah diri. Amiin.”

Hari demi hari berlalu macam tak rasa. Sedar tak sedar dah lebih 21 tahun aku diberi pinjaman nikmat iman dan nyawa untuk terus menggalas sebuah tanggungjawab sebagai khalifah Ilahi di muka bumi ini. Emmm, tapi honestly aku fikirkan, berapa peratus sangat lah tanggungjawab yang dah aku sempurnakan? 1 peratus? 2 peratus? Atau takde langsung, or ada lagi charge yang masih tertunggak?? Allahu Robbi. Kadang-kadang menerpa dalam hati...
‘Allah, aku gagal lagi. Tolong aku.’ Tapi, kat mana aku campakkan nilai penyesalan yang mungkin beribu or mungkin berjuta kali pernah menapak dalam hati. Tak pernah cuba nak hargai apa yang Kau bagi. Bila rasa diri lemah, baru terngadah dan terhegeh-hegeh Engkau aku cari. Tapi, bila bersenang-lenang, jarang sekali bibir ni basah menyebut nama-Mu, Yaa Ilahi.
Yep, itulah aku, insan yang bergelar manusia. Yang masih terkapai-kapai dalam lautan dunia, selalu saja hampir karam dan lemas, tapi dengan Pertolongan-Mu yang Maha Luas, selalu jugaklah Kau tarik aku kembali naik ke atas. Macam tulah fitrah aku sebagai insan yakni manusia, sejauhmana pun aku cuba lari dari Tuhan, tapi dan tapi, jauh di sudut hati, aku terlalu mendambakan Al-Haq dari Sang Pencipta. Yep ! Al-Haq. Satu ungkapan yang ringkas saja bila didengar, tapi padat dengan makna yang mendalam dan tersirat. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Yang demikian itu kerana sungguh, Allah, Dialah yang hak, dan sungguh, Dialah yang menghidupkan segala yang telah mati, dan sungguh, Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. (Al-Hajj 22)

Allah. Itulah yang sangat aku rindu setiap saat. Tak aku nafikan, kekadang, hati ni terlalu mudah beralih arah, maksud aku, hati ni mudah sekali terusik dengan cobaan-cobaan dunia, yang sebenarnya tujuannya nak menguji tahap keimanan di paras apa, tapi, aku jatuh.. selalu jatuh.. dan terlena dibuai kesenangan dunia. Ya, dunia ni sebenarnya penuh dengan 1001 tipu helah. Aku lah antaranya menjadi mangsa tipu dayanya. Yang selalu terikut-ikut dengan budaya yang entah dari mana datang dan ke mana halatujunya. Sambil aku menyelak Manual Hidup aku, Allah izinkan aku jumpa satu ayat yang menyentap jiwa. Nanges bila baca..Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Al-An’am 6:32)

Allah. ‘Terasa’nya hati, macam ada orang ketuk kat kepala.."pap" "pap"..Ya Allah bila aku tadabbur ayat ini. Kuatkan hati aku untuk teruskan penulisan aku pada kali ini, dan harapnya ada manfaatnya pada mereka-mereka, si gadis-gadis dan pemuda-pemuda harapan agama, yang mana sangat mendambakan maghfirah dari-Mu, macam aku.. insyaAllah seandainya benar Kau izinkan, walaupun aku sedar, aku terlalu jauh dari kesempurnaan, hanya dengan sebab nak dapat kecintaan dan kasih sayang dari-Mu, aku gagahi... Aja-aja fighting!

Allah, bila aku hayati ayat ini, terimbau segala kenangan lalu yang pernah kau pinjamkan untuk aku, sekarang pulak masanya aku dapat muhasabah kembali diri yang penuh dengan khilaf. Syurga-Mu, emm ..terlalu jauh untuk aku pergi. Terlalu mulia tempat tu untuk insan hina ni yang penuh dengan ribuan dosa di hati. Tapi, jiwa aku ni lagilah tak kuat nak menghadapi neraka-Mu yang marak apinya menjulang tinggi. Satu saja aku mohon ..Kurniakanlah aku petunjuk, aku tak lagi berada dalam kesesatan, buang masa dengan perkara yang lagha.. Hanya dengan itu jiwa aku kembali tenang. Hanya dengan selalu ingati-Mu, hati aku akan tenang. Sungguh, janji Engkau itu PASTI. Jangan Kau tarik pula Hidayah setelah di lemparkan pada aku.. itu aku tak mahu..

Allah, dulunya aku mungkin tak seperti ni. Aku tak pasti sama ada keikhlasan di hati jadi tonggak utama dalam meraih redha Ilahi dalam membuat sebarang perkara, atau hanya didominasi semata-mata ikutan duniawi. Ya, sepatutnya setiap amal kebajikan yang dilakukan hanya kerana-Mu. Hanya berobjektifkan redha dari-Mu. Tapi, kadangkala hatiku goyah, bergegar dek tipu daya budak jahat yakni iblis laknatullah. Aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang kucari selama ini. Kecintaan? Kebahagiaan? Kesenangan?
Bila rasa bahagia, lupa segalanya. Lupa apa sebenarnya yang sepatutnya aku utamakan. Lupa siapa yang memberi bahagia. Lupa untuk ucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai tanda syukur. Bila rasa dicinta, lupa siapa Pencipta cinta. Bila rasa senang, goyang kaki tanda megah. Tapi,bila sekali jiwa aku direntap dek ujian bertalu-talu, siapa yang aku cari? Siapa yang aku damba menemani setiap jaga dan malam aku? Allahu Robbi. MALU! MALU.. manusia macam apa aku ni.
Oh! Dulu, terlalu prejudisnya aku terhadap setiap ujian dan dugaan dari-Mu. Aku selalu fikir, ujian yang datang tanda Kau tak sayangkan aku. Sungguh tak adil penilaian. Melulu menuduh, membuta tuli! dan mengkhinzir buta.. Hinanya aku. Tapi, Engkau tetap setia menjaga dan hulurkan bantuan buat aku setiap saat dan ketika melalui insan dan pemberian yang tak ku jangka. Malunya aku Tuhan.

Sesungguhnya, dalam sujudku, hidupku, matiku hanya untuk-Mu, Allah Tuhan yang Maha Mentadbir Sekelian Alam, Maha Pemurah dengan Maghfirah. Allah, ingatkan aku andai aku terlupa . Sedarkan aku dengan ayat-ayat amaran-Mu andai aku terleka. Peluklah aku dengan kerinduan-Mu, setiap detik waktu berlalu. Lindungi kalbuku dari rasukan tipuan dunia. Sucikan pancainderaku dari segala kekotoran zahir dan batin. Tuhan, secara jujurnya, siapalah aku nak mendambakan syurga-Mu. Siapalah aku nak menjadi bidadari di taman-taman syurga-Mu. Kotornya jiwaku dek khilaf diri yang lara. Maghfirah-Mu amat kudamba. Tidak layak aku rasa untuk menapak di taman-taman syurga-Mu, namun tak pulak, aku terdaya untuk menahan siksa api neraka-Mu.

Kita manusia biasa. Kita sering lupa dan leka. Sebab itulah kita perlu dinasihatkan sentiasa. Supaya kita tak terus terlena. Kadang-kadang manusia diuji dengan perkara yang remeh-temeh. Tapi disebabkan tak sabar, mereka terlepas peluang yang hebat. Sabar itu penting untuk mendidik diri. Aku mula sedar diri. Aku tak mahu menoleh ke belakang lagi. Aku cuba dengan sedikit kekuatan yang masih tersisa. Kudrat dianugerahkan yang takda galang-gantinya. Setiap yang solehah itu ada masa silamnya yang gelap. Dan setiap pendosa itu sentiasa akan ada masa hadapannya yang cerah. Sebaris kata-kata yang aku kira penyuntik semangatku untuk terus bingkas bangun. Mungkin benar, seseorang yang penuh dengan kisah silam terdahulu, tak mustahil mempunyai masa hadapan yang gemilang kemilaunya dan tergolong dalam kalangan orang paling bertaqwa dengan izin Dia. Pokok pangkalnya, adalah dari hati, apa dia benar-benar.. IKHLAS memohon taubat nasuha dari-Nya, airmata yang berbaki menjadi segala saksi, dia benar-benar serahkan jiwa dan raganya hanya untuk Tuhannya agar tak kembali kepada keadaan sebelumnya. Antara pintu yg paling luas di dalam Islam ialah pintu TAUBAT. Selalu saja terbukak... 24 Hour..So,nak tunggu apa?? kembalilah kepada Allah, genggam eratlah dengan tali Allah, empunya Al-Haq. Bukan sekadar terlantun dibibir saja, biarlah di hati maknanya hadir. Allah Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hamba-Nya, sungguh tak terlepas walau sesaat pun apa yang berada di hati dan fikiran mereka, even daun-daun kering yang berguguran jatuh ke bumi dari pokok pun turut berada di dalam pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar 39:53)

Yang menerima ibadah kita adalah Allah. Yang akan memberi pahalanya, Dia jugak. Bukan manusia. Jadi, pedulikan suara-suara sumbang yang berdesing di telinga. Siapa mereka nak menuding jari sana sini??... Umpama mereka suci dari dosa. Mafhum dari sebuah hadith riwayat Bukhari dan Muslim,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunya”.
Usah persoalkan, ‘Aku lebih baik dari dia’,
‘Dia tu dulu masyaAllah, punyalah teruk’,
‘Nasib baik aku tak terikut dia dulu, kalau tak, habislah aku’, dan sebagainya.

Segala amalan di dunia, di bawah penilaian dan perkiraan Dia yang Maha Kaya. Tak perlulah terlalu bongkak dan megah dengan apa yang kita ada, itu semua takkan kekal selamanya. Sifat ‘ujub dan riya' perlu ditepis.. cuci sampai bersih.. sebab segala kehebatan hamba seharusnya disandarkan kepada Pencipta. Allah boleh mencabut setiap satu dari nikmatnya tanpa perlu mintak izin hamba-Nya pada bila-bila masa.ANYTIME!
Sekali saja Dia berkata, ‘Kun faya Kun!’, maka jadilah ia, hilanglah segala yang dipertahankan dulunya, barangkali jugak boleh musnah seluruh dunia hanya dalam sekelip mata.Macam Tsunami..
Ibrahnya, jangan terlalu taksub dengan nikmat dunia yang hanya sementara sebab itu hanyalah sebagai perisai perantaraan dari Tuhan buat hamba-hamba-Nya bagi mereka yang berfikir. Percayalah, ujian dan dugaan yang ada adalah sebagai tanda sayang, kasih, cinta dan rindu Pencipta kepada yang dicipta, bukan nak mendera tapi untuk mendidik jiwa-jiwa hamba untuk lebih menghayati erti sebenar Iman, Islam dan Ihsan. Tapi, jangan dibuang terus dunia. Dunia yang sementara, tetap penting. Itu merupakan satu destinasi bagi menentukan di mana tempat kita di akhirat nanti. Akhirat yang kekal. Nun di sana, cita-cita kita. Nun di sana, tujuan sebenar hidup kita. Harap dunia hanya di tangan saja, bukannya di hati untuk dicintai.Harapan manusia kena diiringi dengan usaha yang berterusan dan bertawakal selepasnya. Jangan pulak jadi seperti pepatah Melayu, “Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan”.
Apa-apa saja yang diharapkan, impikan atau mahukan sebenarnya bergantung kepada takdir yang ditentukan secara mutlak oleh Allah yang telah dirancang dan ditentukan demi kebaikan umatnya...

Pesan buat hati... pesan buat diri..
Kembalikan hati ini kepada Pemiliknya. Pemilik yang memiliki segala-galanya. Hanya kepada-Nya tempatku mengubat hati dan hanya dengan kembali kepada-Nya hati mampu dipujuk. Bagiku, cukuplah Allah sebagai Penolong, dan cukuplah Allah sebagai sebaik-baik Pelindung. Aku tak mengharap manusia.. Bersungguh-sungguh kembali kepada-Nya, sehingga sampai saat yang kita sedar dan rasai kehadiran-Nya di sisi. Apabila tiba saat tu, tak akan ada satu yang mampu menggundahkan hati walaupun seluruh hati membenci. Sesungguhnya kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

“Ya Allah ya Tuhanku, berikan keafiatan pada jasadku dan keafiatan pada pandanganku dan jadikan ia barang warisan buatku. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci bagi Allah, Tuhan semesta alam.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Amiin ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih ya Ilahi. Aku sayangkan-Mu.

No comments:

Post a Comment