Thursday 22 November 2012

MANISNYA TARBIYAH ITU ^__^




Ujian Allah yang datang pada kita tu kadangkala membuatkan kita matang dan kuat
Dan bilamana hidup kosong tiada ujian walaupun sehari rasa macam “Eh, Allah dah tak sayang aku ke?”
Bagi aku apa yang aku dapat hari ni, adalah satu pembelajaran hidup yang bermakna.
“jangan mengeluh sayang, Allah hantarkan tarbiahNya direct terus pada awak, berbahagialah di dalam redha”..itu kata-kata semangat dari sorang kakak pada aku..“

“kak,biar apa pun yang jadi, saya tetap bersama dengan akak"
"Saya harap, ukhuwah dengan akak ni sampai bila-bila."
"Saya harap akak akan terus bimbing saya”
“kak, kalau saya keluar dari jalan dakwah, tolong tampar saya sampai saya sedar."

Itulah antara dialog dari hati aku bila mula-mula jumpa jalan “penambahbaikan”.. Dan kekadang tu jugak.. rasa down sangat bila kita ni lain dari yang lain..(lain macam pulak bunyi)


Yelah, pergi mana-mana majlis ilmu sendiri tanpa teman, kekadang tu rasa macam tak layak nak ada sama dalam majlis tersebut.
"Saya tak boleh nak bersama lagi”
"Saya rasa nak hold dulu penyertaan dalam majlis-majlis agama dan sukarelawan islam ni”
"Saya, rasa saya tak mampu nak jadi seperti kalian."


Bila jadi macam ni, ISTGHFAR… baru rasa COOL semula.. Allah dah bagi rewards.. takkan kita nak sia-siakan. Kan?
Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.
"Tak ikhlaslah, tak layaklah, tak sucilah, tak mampulah, tak kuatlah, tak minatlah, tak itu dan tak ini."

OK. Tips aku, cuba kita duduk dan perhatikan sebentar. Alasan-alasan tadi selalu kita dengar daripada orang yang asalnya aktif dalam berbuat kebaikan, kemudian dia memilih untuk berhenti atas alasan-alasan tadi.
"Tak ikhlaslah, tak layaklah, tak sucilah, tak mampulah, tak kuatlah, tak minatlah, tak itu dan tak ini."

Tapi, pernah tidak kita dengar orang yang main games atau kaki movie atau couple merungut dengan apa yang mereka perbuat, kemudian menggunakan alasan-alasan tadi untuk meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat tadi?
"Aku tidak ikhlaslah main games. Delete-lah."
"Samalah, aku rasa tidak layak untuk tengok movie. Tutuplah."
"Itulah, aku pun rasa tidak sucilah untuk bercouple. Clash-lah."
Pernah?

Mungkin ada, tapi berapa ramai jika kita mahu bandingkan dengan mereka-mereka yang lebih suka beralasan dalam melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan?
Lagi satu, pernah tidak kita dengar orang kata,
"Saya, doakan awak istiqomah dalam bercouple ya!"
Atau,
"Saya doakan awak tsabat atas jalan games!"
Pernah? Kenapa tidak pernah? Kerana dalam nak melakukan perkara-perkara maksiat, manusia memang tidak perlu diajar cara-cara untuk istiqomah. Automatik reti! (tahu)

Tapi, kalau dalam hal-hal kebaikan, hal-hal keislaman?
"Saya doakan awak istiqomah atas jalan tarbiyah." Atau,
"Saya, doakan awak tsabat dalam memperbaiki diri."

Ha.. Ini selalu aku dapat dan dengar. Sebab apa? Sebab memang hakikatnya untuk duduk atas jalan tarbiyah ini memang perit…




Bukanlah salah kalau kita mengharapkan doa daripada ikhwah atau akhwat kita untuk terus tetap, teguh dan istiqomah atas jalan dakwah, jalan tarbiyah ini. Bagus dan sangat bagus! Cuma, aku mahu ajak kita semua berfikir bahawa, memang atas jalan dakwah dan tarbiyah ini akan ada banyak ujian dan cabaran berbanding kalau kita nak hidup atas jalan hidup sia-sia, buang masa, maksiat dan lain-lain.
Orang akan tuduh kita macam-macam. Gila, sesat, tok lebai, bajet baik, rigid, radikal, ekstrim dan lain-lain. Orang akan ancam kita macam-macam. Nanti kena tangkap polis, tarik scholar, miskin, tak laku.

Pada aku, biasalah itu. Rasulullah SAW dituduh gila, sesat, ahli sihir.

"Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan, "Dia itu pesihir atau orang gila"
(Surah Az-Zariyat ayat 52)


Allah berfirman lagi;
"Dan sesungguhnya orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan engkau dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar peringatan dan mereka berkata: "Sesungguhnya dia (Muhammad saw) benar-benar seorang yang gila"
(Surah Al-Qalam ayat 51)

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah diancam bunuh, dipulaukan oleh saudara-mara dan masyarakat.

"Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan."
(Surah al-Anfal ayat 30)

Tapi, Rasulullah tidak pernah sesekali berkata;
"Ya Allah, aku nak berehat. Nanti bila dah ready, aku join balik!"
Pernah???

Ada juga dari satu sisi aku lemah dengan keadaan ni, kekadang amalan ibadah itu semua kita dah lakukan, dan kekadang juga ada lompong sana sini. Mulalah berimiginasi.. “Allah ni tak nak bagi aku terus baik ke apa? Asal tak istiqomah hati ni? Susahnya.. “

Sampailah satu malam , dalam salah satu program majlis ilmu yang aku hadiri, Allah bagi ujian dengan terlepasnya train untuk pulang ke rumah, memang kebiasaan kalau berprogram atau majlis-majlis ilmu dan mawlid , aku sentiasa berjalan pergi dan pulang sendiri, sampailah di tapak lokasi barulah bertemu dengan sahabat-sahabat yang sama fikrah hati.
Dengan risaunya hati aku rasa nak menangis, tanpa berlengah aku mencari masjid, sebab aku rasa masa tu masjid adalah tempat yang selamat untuk aku sebagai seorang wanita dalam suasana malam begitu.

Dengan rasa lelahnya, aku pun tertidur di perkarangan luar dewan solat, (nak masuk dewan solat tak boleh, so tidurlah di luar)..
Tiba-tiba ada suara mengejutkan aku bangun, aku lihat jam di tangan. Pukul 3.15pagi. Mata pula ku usap-usap untuk melihat siapakah gerangan Hamba Allah yang mengejutkan aku.

Susuk tubuh tua, berkopiah dan berbaju melayu memandangku dengan senyuman.
Dia menyuruh aku untuk tidur di dalam dewan solat dan memberikan aku sepasang jubah masjid sebagai selimut di kala kesejukan ketika itu.
Usai solat subuh dalam masjid tersebut, aku di datangi lagi oleh pakcik tadi. Dia bertanya kepada aku.

“kenapa anak berseorangan malam tadi? Kawan-kawan yang lain mana? Anak ni baru balik program di Dewan Islam semalam tu ke?

Air mata aku terus berjuraian jatuh. Dengan tiba-tibanya rasa sebak sangat dengar soalan itu tadi ( mungkin sebab semalam sendiri, so rasa sedih la kot)

“Saya baru nak bertatih ni pakcik suka dengan majlis-majlis ilmu, kawan- kawan saya tak semua suka, kalau nak tunggu sampai mereka suka, alamatnya melepaslah saya.. Tak mengapa saya lagi selesa sendiri, lagipun bila datang tempat baru , ada ramai lagi kawan baru kita dapat..”
(dapat yang baru jangan lupakan yang lama.. lama dan baru itu TIDAK SERUPA)


“Emm.. baguslah kalau hati kita suka dengan benda yang bermanfaat, yang penting jaga rasa suka pada kebaikan itu haruslah ISTIQOMAH”
aku pun bertanya lagi, macam mana nak istiqomah pakcik? Saya ni ada juga lompong di mana-mana dalam menjaga ibadah.. Iman tak kuat nak lawan godaan syaitan ni, masih ada peluang ke untuk saya jadi lebih baik?”

“Masih ada peluang tu.”

“Masih ada pakcik??? (tersenyum dengan tiba-tiba).

"Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Kalau jatuh, maknanya, masa anak masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

Lega dengan jawapan itu, tapi muncul lagi soalan dalam kotak minda.

"Terima kasih, Pakcik. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"

"Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Aku terlopong dan tersenyum nampak semua gigi..

“Tak pakcik, saya tak layan sangat .. Anak muda macam saya ni biasalah, habiskan masa dan air mata layan cerita Korea je”

Pakcik sambung lagi “Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Tiba-tiba aku teringat Ustaz aku yang mengajar dulu tentang kebaikan solat..bilamana solat kita sempurna, ia akan mencegah kita untuk melakukan perkara yang mungkar.

Pakcik itu berkata, bila kita jaga mutu solat kita, baik dari segi rukun fi’li, qauli dan qalbi, InsyaAllah mutu solat itulah yang akan menjadi benteng diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar dan keji.

Bagi aku nak jadi baik ni memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuhkan sesuatu itu “klik”sekelip mata saja. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan.InsyaAllah boleh punyeeee~~
Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita…. DIA TAK KAN PERNAH BIARKAN KITA SENDIRI .. Percayalaaaahhh..

Aku pegang kata-kata seorang teman yang sentiasa memberi kata-kata motivasi buat diri,
“nak lakukan sesuatu tu kena ada 3. IKHLAS, SUNGGUH dan SABAR.”
Betul! Nak buat sesuatu kebaikan dan sampaikan dakwah Islam kena ada sifat IKHLAS.
Ikhlaskan niat kita, perbuatan dan segalanya.Kalau rasa iman itu nak jatuh, cepat-cepat modified balik. Cuba tinggalkan perkara-perkara yang menghalang kita untuk gapai syurga.

Akal ni nakal bertanya “kalau datang balik sifat yang lama macam mana?”
“Biarkan je… lawan lah.. nanti dah lama “dia” boringlah dengan kita”..

“tapi sampai bila???”
“Sampai Islam itu menang, atau kita mati kerananya”




Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

~Doakan saya jadi hamba, anak, bakal isteri dan ummat yang berguna pada agama.. Doakan saya utk keep istiqomah.. Dannn.. Doakanlah untuk semua..~

P/s: Jika sesiapa bertanya, apa 'best'nya TARBIYYAH itu? Mahu saja aku memeluk mereka, biar HATI aku BERINTERAKSI dengan HATINYA, biar meresapi ke hati dia betapa INDAHNYA jalan tarbiyyah ini sehingga aku tidak mampu mengungkap kata untuk menggambarkannya.. RASA itu akan datang pada sesiapa yang MAHU.. SIAPA YANG MAHU dia kena BERGERAK!




Tuesday 13 November 2012

CINTA MUKABUKU.. phewww~~


Mula2 si wanita terbaca wallpost si lelaki,,selalu memberi wallpost yg islamic..lepas tu add n si dia approve.
si wanita pun tulis di wall dia(tq approve ^_^)
si dia komen(sme2)..
si wanita anta chat pada si dia(assalamualaikum,wallpost awak nampak menarik dan selalu memberi kta2 semangat)..
si dia balas(waalaikummussalam,terima kasih)

.....................................................................................

*selepas pada hari tu,mereka selalu berhubung melalui fb..dan pada suatu hari wanita itu memberitahu suatu perkara..
si wanita:(awak,sy ada perkara nak dikongsi dengan awak)
si lelaki:(apa dia?)
si wanita:(sy tak pernah cerita perkara ni pada org lain,awak la orang pertama)
si lelaki:(oo,ye ke..apa dia tu..mcm penting je)
*si wanita ni pun cerita lah pengalaman hidupnya yang lepas2,keslahan dan kekurangan yang dilakukan(melibatkan maruah)pada lelaki yang hanya dikenali melalui fb ni..selepas mengetahui...si lelaki pun menasihati lah si wanita ni..langsung si wanita tertarik hati kepada si lelaki



.....................................................................................

p/s=pelik..dengan sesama perempuan pun tak pernah cerita hal peribadi,tapi dengan lelaki yang hanya menulis2 kata2 islamic di fb dengan mudahnya menceritakan hal2 peribadi..huh..begitu murah dan terserlah keayuan mu wahai wanita..jangan terlampau murah dengan lelaki yang kita sendiri tak kenal siapa...jangan terlalu mempercayai kerana akan musnahkan diri sendiri..BUKAN KAT FB je, alam nyata pun, kekadang baru kenal dah nak luah segalanya.. pastu jatuh cinta.. soalan LS, CINTA ke?
JAGA IMAN JAGA HATI.. ^__^

Sunday 11 November 2012

STREET DAKWAH IN KLCC




Permulaan pagi yang tenang.. Alhamdulillah tak hujan..
*Bergerak menuju KLCC.. dan berkumpul di kolam KLCC.. bila dah ramai hadir, (tudung labuh, niqabis and etc)
tiba2 datang Abe foreigner yang jugak merangkap Guard Taman KLCC.. mintak ka
mi bersurai dan lakukan perjumpaan di masjid..
(Mereka ingat nak buat #demo lettew.. ) :p




* Dibahagikan kepada beberapa kelompok bulatan (USRAH) dan memulakan sesi taaruf, share pgalaman,masalah dan pandangan.
(Maaf la kat kengkawan group ambe deh, banyak citer pasal Raudhatus Sakinah aje.. #Promote bnde elok dop pe kan? ^_^





*Makan time.. masa makan adalah LAYAN DIRI a.k.a sendiri2..
So kitorang jalan lah satu KLCC tower tu.. dah masuk dalam bangunan.. SESAT.. dalam ramai2 tu satu pun tak tau mana letaknya FOOD COURT.. tgok map ..system error.. @_@
KLCC yang gah ni pun system low.. ape kes??
Tetiba ada adik ni, (rasa macam tourist Indon, dgn pelat jawa dia)
"mau kemana?"
kami > "Food Court"
"oh, di atas lagi.. (sambil tunjuk tgkt atas)
>cakap dgn kawan, "malu je kita yg Malaysia tanye kat depa.."
"takpe cakap je *aku anak kampung.. wee~~




*Mulalah sesi edar Flyers kat orang ramai..
Kumpulan di bahagikan kepada beberapa area ...Taman Klcc, Street KL, LRT stesen dan banyak la lagi.. TV Al-Hijrah pun sama2 join sekaki follow aktiviti ni.. jalan dan jalan..




Dalam kumpulan ambe pulak..ada my sister SITI NUR ILLIYANA yang bertindak sebagai pengedar a.k.a DUTA KEMPEN bg group kami.. Kitorang juz ajar dia cakap "assalamualaikum.. kami ada buat kempen tutup aurat" then bagi flyers ( dialah buat semua, kitorang stay dengan senyuman kat blkg dia).. hehe..
Sebab dia budak kocik , so kami berharap, kesedaran tu akan lbih sampai la.. #makan dalam sket.. :D

REAKSI.
* ada yang senyum.. Ambil.
* ada yang buat derk je, macam kami cakap dengan patung.
* ada yang dah bagi, buang.
* ada pasangan couple ni.. boipren dia ambik then pass kat gelpren "Nah awak patut baca" .. (haa..kan suhweet.. moga kawen cpt deh! )


BERSAMA MUSLIMAT



GENG SYABAB






TURUN SAMA MEMBANTU




*penat memang penat..tapi rasa berbaloi.. lps ni #TeamHijrah kena ambil lah mana2 kekurangan yang ada sepanjang prgram ni.. InsyaAllah..

#Terbayang dalam kpala.. Hebatnya iman, jiwa Baginda dan para sahabat sebar da'wah Islam.. Berbanding kami ni.. lagi teruk mereka dahulu ..
Sedih pulak rasa time tu.. rindu pulak kat Nabi saw.. t__t
Smoga usaha kecil ini dipandang ..
Smoga tarbiah buat ummah ini berkesan dan berlanjutan..
Smoga Ukhuwah kita BERKEKALAN..
Alhamdulillah Allah jumpakan jugak geng Usrah Tautan Hati ♥
dalam program ni.. UHIBBUKUM FILLAH YA HABIBATI~

Saturday 10 November 2012

USRAH TAUTAN HATI


Tanggal malam jumaat bersamaan dengan malam khamis yang lalu, dapat satu info yang Kak Ha nak adakan Usrah untuk pertama kali di rumahnya..
WOooooo.. woooo.. sangat eksaited dengar..

Daripada hari ahad di ekspo buku islam ada jumpa degan Kak Ha dengan seorang sahabat yang memang peminat setia Kak Ha. Segalanya tentang Kak Ha dia tahu, rapat jugak lah dengan Kak Ha.. Terima Kasih Allah kerana kau hadirkan insan-insan yang baik dalam hidup. Really appreciate this ukhuwah.



Sayangnya tak dapat menghadirkan diri malam tu atas sebab-sebab tertentu..
Tapi Alhamdulillah dapat jugak sedikit perkongsian yang di coretkan oleh salah seorang ahli usrah iaitu Kak Aimuni Marjono.. Meh la sama baca perkongsian daripada beliau..
(Sila jeles ye) -_____-



Sedikit perkongsian dari Usrah Tautan Hati

Persaudaraan - “Wajiblah cintaku (cinta Allah) bagi orang yang berkasih sayang kerana Allah”

Pada mulanya kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan mengikut lokasi..ramainya dari Gombak..tak sangka majoriti yg tinggal di Gombak..pelajar UIA yg memonopoli rasanya..Alhamdulillah,

Usrah bermula dengan sesi taaruf..kemudian kami diminta bernasyid beramai2 la
gu tema yg membangkitkan semangat iaitu lagu Amalulillah dari kump Shoutul Amal..

Lepas tu baru kami diminta duduk dalam kumpulan dan start counting dari 1 sampai org yg terakhir..ustazah fatimah syarha meminta kami menulis 'Apa yang sy inginkan' dan 'harapan pada sahabat'..semua memerah kepala fikir apa yg diinginkan dalam hidup..kemudian kami diminta menampal kertas tersebut pd belakang pasangan..dan yg paling bestnya, kami kena tulis 1st impression kami pd semua sahabat baru yg join usrah td..so, macam2 impression yg kami dapat..pelbagai pandangan pertama yg diperolehi..alhamdulillah, ikatan kami tertaut time ni..berjalan2 tanya nama, umur, belajar kat mana, kerja apa..mmg sportinglah geng2 usrah ni..syukur..

Teringat kata2 ustazah fatimah syarha tadi, kalau selama ni kita tanggung masalah dan rasa seorang2 dalam halaqah dan usrah ni, kita boleh berkongsi..kuatkan ikatan dan mantapkan iman..insyaAllah..jalan menuju Allah ini akan lebih indah andai dihiasi keikhlasan dalam persahabatan..

Harapan sy, semoga usrah tautan hati ini bukan yg pertama dan terakhir..terkadang, kita perlu mencari corak hidup sendiri, sahabat sendiri dan olah ia menjadi sesuatu yg tersangat penting pada hati..


*InsyaAllah ada lagi .. yg berkesempatan (tak bkesempatan macam ambe nih.. hnya mampu jeles tahap KLCC tower baca post ni.. tiada aral kita DATANG ye.. :)

suka sgt kalimah dri mulut Kak Ha bila slsai bersalam dgn bliau ahad lps di Ekspo buku Islam "SAYANG AWAK KERANA ALLAH" ♥♥

Sunday 10 June 2012

AKU MENCARI CINTA HIGHCLASS..

Assalamualaikum salam ceria...salam mahabbah..salam ukhuwah.. lama sudah tak menjenguk blog ni.. dah usang dan berhabuk nampaknya.. Buat yang dah follow blog ida yang tak seberapa ni terima kasih diucapkan.. masih banyak lagi kekurangan dan perlukan lagi tunjuk ajar dalam memperbaiki blog ini. Ada kawan2 yang sudi share.. silakan tunjuk ajarku sifu! :) Alhamdulillah , berkesempatan sekali lagi untuk ke Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6 Mei 2012. Ini kali kedua berpeluang pergi ke pesta buku. Tahun lepas pergi bersama sahabat kembar dan beberapa rakan yang dikenali dari Facebook yang datang jauh dari kolej islam Negeri Sembilan. Kali ini, berpeluang pergi bersama dia yang juga ku kenali hanya melalui buku.. kerana buku ukhuwah bersatu. Terima kasih kerana sudi keluar bersama dan belanja.. hehehe.. Alhamdulillah tahun ini juga berpeluang bersama dan berjumpa dengan penulis karya yang sangat ku kagumi “Habiburrahman El Shirazy”.Beliau amat terkenal dengan karya “ayat-ayat cinta”, “ketika Cinta bertasbih”, “Atas sejadah cinta” dan banyak lagi.. BERGAMBAR BERSAMA NOVELIS YANG AKU MINATI Ku mulakan pembacaan dengan buku “CINTA HIGHCLASS”.. karya Dr.Farhan Hadi dan Fatimah Syarha. Seperti kebiasaan buku-buku karya beliau tidak pernah mengecewakan. Dalam buku ini merungkai tentang cinta yang sebenar.. Cinta yang membawa kepada redha Allah. Pengisian bagaimana menyemai cinta yang selalu di hadapi manusia. Penggarapan cinta oleh watak Muslih yang ditulis oleh Dr.Farhan Hadi benar-benar membuat aku jatuh cinta dengannya. Di kisahkan Muslih seorang pelajar perubatan yang sentiasa di kejar cinta. Namun tekad dan azamnya untuk berjaya mencapai segulung ilmu, d kuatkan prinsip, CINTA PADA ILMU DAN PERJUANGAN. Berbagai bentuk godaan yang datang, gadis yang meminatinya juga bukan calang-calang orang, ada yang baik agamanya, muslimah, namun cara mereka mengekpresikan cinta tidak dapat menambat hatinya. Hinggalah pada suatu saat, murobbinya memberikan email yang mengandungi biodata seorang wanita. Cukup dengan satu biodata membuatkan dirinya JATUH CINTA.. indah sungguh cinta yang berlandaskan islam. Dari biodata dia mengenali misi, visi dan peribadi muslimah itu. Cukup memukau.Bukan seperti yang di lakukan remaja di luar ketika ini, bercouple, keluar dating, bersayang-sayang, tanpa menjaga batas- batas pergaulan. Cinta yang merosakkan. Watak Muslih benar-benar menambat hati, dia adalah pilihan seorang wanita yang solehah. Lelaki yang menjaga pergaulannya, buku sentiasa di dada. Tertarik dengan satu kata-kata “Biar orang kata aku ulat buku daripada ulat bulu”.. Kalau kita lihat sendiri di alam maya seperti Fb, ramai benar lelaki yang berstatuskan agama, kita dah cukup jatuh cinta, namun sayang pergaulan tidak dijaga.. wall postnya penuh dengan “friend list” daripada perempuan.. Lelaki nak add jarang-jarang.. Bagi aku lelaki seperti ini agak berbahaya.Hati ini tak mampu untuk taat kepada lelaki seperti ini. Takut dilambung cemburu yang tak sudah. Ok.. Ida Persiapkan diri untuk jadi baik bagi mendapatkan yang baik.. JAGA HATI.. JAGA HATI! JAGALAH HATIKU WAHAI PEMILIK CINTA.. WAHAI ZAT YANG AGUNG YANG BERKUASA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI Watak Qaniaah .. watak yang di tulis oleh Kak Fatiamah Syarha juga cukup memberikan motivasi pada diri bagi mengawal cinta muda mudi.Hatinya juga terjaga .Hanya cinta pada ilmu dan perjuangan. Biarpun datang lamaran yang pelbagai,namun di tepis kerana dia kurang sesuai. Calon yang datang bukan sekadar lelaki biasa, Ada antaranya yang bergelar ustaz, pelajar jurusan agama, Presiden kelab agama, yang baik akhlaknya, namun cara mereka meluahkan cinta, sangat tidak menepati criteria pilihannya. Hinggalah satu saat dia mendapat biodata seorang pemuda daripada pensyarahnya.Hanya melalui biodata, cukup meruntun hati wanitanya. Walau lengkap dengan nombor untuk di hubungi, namun lelaki itu tidak pernah menghubunginya. Sangat pandai menjaga hati.Taktik lelaki itu yang selalu berhubung dengan keluarganya mengetuk pintu hatinya.Ya! inilah yang dikatakan “rebut cinta mak ayah dulu, baru hati anak”. Setelah janji termetrai bersatulah cinta Qaniah dan Muslih dalam satu lafaz nikah. Apa yang nak dikongsikan di sini, adalah bagaimana seorang manusia mengawal cinta .Cinta yang Allah kurniakan adalah fitrah, namun jika ia tidak dikawal akan pasti menjadi fitnah. Sepertimana orang berpuasa, akan merasa betapa nikmatnya ketika berbuka. Begitu juga cinta .Kawal dan serlahkan rasa cinta kepada insan yang halal sahaja. Saya cerita n mungkin hanya secebis daripada kisah dalam novel ini. Saya nak anda dapatkan novel ini, kerana impak tarbiahnya cukup mengajar jiwa, lebih-lebih lagi remaja yang sukar mengawal CINTA. Cinta high class bukan memilik sesiapa tapi cinta high class ini berhak dimiliki oleh kita semua.Awak,saya,dia,mereka.KITA SEMUA.Jangan tunggu esok,lusa meskipun tulat.Hari ini juga kita mesti usahakan diri kita agar dapat mencintai secara high class.Don't forget untuk sesiapa yang sudah mempunyai pasangan,ajak dan bantu si dia agar dapat mencintai secara high class juga. Err..apa itu cinta high class? Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu, Cintamu padaku kerana Allah yang satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu. "Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi). Ingin diselitkan di sini,seandainya kita jatuh cinta adalah lebih baik untuk kita berdiam diri.Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya bukan untukmu,redhailah kerana Allah pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu. "Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertama bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku." "Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.Janji Allah pastiku pegang dalam mencari misi 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik." Wanita dan lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi cinta,itu adalah luar biasa dan boleh membawa binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Kadang-kadang seseorang itu mempunyai asas agama yang kukuh,namun akibat dorongan hawa nafsu yang kuat dia juga boleh terjebak dalam kancah ini.Yang penting,IMAN dan TAKWA.Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca tercetusnya fitnah.Ingatlah!Fitnah diakhir zaman sangat hebat. Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah,saling melingkapi agama pasangannya dan sama-sama mentarbiah diri ke jalan Allah.Ini adalah jauh luar biasa and very awesome!Dan ini barulah cinta high class :) Jika belum menikah,cinta boleh menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah.Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi.Kecuali ada urusan penting dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.Ida pun sedang berusaha mengikut langkah ini.. Kerap kali berhubung sememangnya akan membuat hati kita lalai dan akan membutkan kita terlalu melebih-lebihkan cinta manusia.. Buat dia, yang ku tak tahu entahkan kau jodohku.. Maaf aku sedang berusaha menjaga hati. Jika di luar batas urusan,tanyalah hati.Tepuk dada tanya iman.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang syak dan was-was dalam hati.Nikmatilah indahnya saat bercinta itu selepas nikah. Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu.Sama macam manusia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita dan wanita juga sebaliknya. Cinta ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan pada insan istemewa bernama suami atau isteri,bukan pakwe atau makwe. Kenapa ianya high class? Itu tanda kita patuh pada arahan Allah. Itu tanda jauhi fitnah. Yang penting,itu adalah sebuah MUJAHADAH. 'Jodohku,aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana.Aku cuma tahu engkau ada,di dunia atau di akhirat.Akan ku simpan perasaan ajaib ini.Akan ku luahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' p/s:Kali ini dapat info daripada kawan untuk membaca buku "SUAMIKU USTAZ" tapi sampai sekarang gagal lagi dalam mencari di kedai2 buku berhampiran. Harus jua ku dapatkan.! Sekian dari pembawa cinta. SPREAD THE LOVE OF ALLAH..ALLAHUAKBAR!

Sunday 11 March 2012

SPESIFIKASI CALON SUAMI YANG BOLEHLA DIBUAT SUAMI :-



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan:

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh satu kepala.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.




14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.




16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.



18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

---
Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran. Cekidautt~~ ^__^

Friday 9 March 2012

FOLLOW THE FLOW OR CHANGE THE FLOW??

Hari demi hari aku lalui perkara yang hampir sama, bangun pagi pastu mandi pastu siap-siap, pastu bergerak menuju Office Bos aku. Hari-hari aku akan hadapi kerja dan jumpa kawan yang sama, temapt kerja yang sama dan juga tandas yang sama mungkin bau sedikit berbeza.

Huhhh…..aku mengeluh panjang terasa begitu letih menghadapi perkara sama berulang kali. Mungkin kalian jua turut begitu, menghadapi situasi yang acap kali berlaku dalam kehidupan.
Pernah kalian terfikir?

Sampai bila kita mahu jadi begini. “Follow the Flow”. Atau aku perlu mengubah Flow/laluan hidup lebih fleksibel dan berbeza. Mungkin ramai diluar sana yang sudah berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan dan mungkin kehidupan mereka sudah selesa. Kenapa tidak kita turut berubah menjadi manusia yang berilmu,beriman dan beramal.









Melihat ramai manusia megah memandu kereta mewah di mana-mana membuatkan aku terfikir.Perlu ke kemewahan? atau ianya hanya satu impian semata-mata dan dimegahkan?
Aku mula berfikir dan terus berfikir. Apa sebenarnya haluan dan tujuan hidup sebenar.
Pelbagai jenis buku telah aku baca bagi mencari hala tuju sebenar haluan hidup.Memang payah jika hidup dipenuhi dengan rintangan.Tapi ianya menjadi perkara mudah jika dapat ditangani dengan bantuan Allah disamping usaha kita.





Sebut pasal usaha…

Usaha bukan sahaja menjadi perkara penting dalam kehidupan, malah sabar dalam usaha juga perlu. Bila kita dah berusaha, tapi tiada hasil.kenapa? solat kita dah, puasa pon dah…yang lain-lain rasanya dah okay.Kira aku dah okay la, tapi kenapa doa tak makbul?
Allah itu Maha Adil. Jika tiada hasil hari ini, tunggu hari esok dan seterusnya atau Allah akan memberiku ganjaran pahala di akhirat sana. Jika benar usaha kita istiqamah, Allah pasti menunaikan hasrat kita. Ingat ya…kita mengutip dan mengejar amalan untuk hidup di akhirat kelak, jika kita sedar hakikat sebenar kehidupan, InsyaAllah kita akan tersenyum dan tenang sentiasa mengiringi kita sehingga ajal.

teruslah mencari rahmat Allah.Jika usaha kita tiada hasil pada hari ini.teruskan berusaha kerana esok masih ada.bukan kita mengejar dunia semata-mata.tapi kejarlah akhirat juga. dunia ialah jambatan menuju akhirat.Kita perlu melangkah dalam dunia mengejar yang nyata dan hakiki bukan duniawi semata-mata.




“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”

Aku juga manusia biasa seperti kalian yang sedang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.Tapi apa yang perlu kita fikirkan, sudah puaskah hidup kita dengan Allah?atau kita hanya solat setiap hari tanpa muhasabah diri.Melalui hari-hari seperti biasa tanpa apa-apa perubahan dalam diri seperti:

“Aku mesti berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh .”

atau

“Aku mesti berubah menjadi kaya supaya dipandang tinggi oleh masyarakat”

Kita manusia,ada aqal ada nafsu.Anda boleh berfikir antara memilih dunia atau akhirat.
Jauh di benak fikiranku tatkala menulis ayat terakhir ini……

“Sampai bila? Aku Nak berubah…”

Hey ladies!!!!!!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dipetik daripada http://www.zaharuddin.net

Ambillah pengajaran untuk diri, keluarga, sahabat dan semua yang berada di sekeliling kita.

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya" terbeliak mata kaum adam tau!




"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


ADA JUGA KUCING YANG SOLEH ^__^

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.


SALAH SIAPA??????


NI BARU SEHARI..KALAU SEBULAN? SETAHUN? ERR..KIRA LAH SENDIRI~~

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?...
TEPUK DADA TANYA IMAN~~

YANG TERTUTUP ITU INDAH!!!!

Monday 16 January 2012

YANG TERTUTUP ITU INDAH....

Akak , kenapa akak pakai tudung labuh?’ soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang mencari – cari identiti diri.
Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita – wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak – kakak naqibahku, ustazah – ustazahku semuanya bertudung aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman – teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh merana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalahpersoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak – kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang kutagih pengertian. Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.


Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang kuterima, “ Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al – Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakana kepada isteri – isterimu, anak – anak perempuanmu, dan isteri – isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tiidak diganggu.”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tigkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah – ratah oleh pandangan hati yang sakit.

Di sini aku bukan mahu berbicara tentang kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar – benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudhkan urusanku dengan asbab tudung labuh.


Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.

Menderap ke tengah belantara, tiba – tiba peserta puteri paling depan terlangar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Seorang peserta menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada dibarisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan disitu. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku daripada disengat. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan dengan secebis kain ini.

Terlindung daripada Bahaya Malam
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus setelah tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakan duduk bertemankan seorang lelaki asing.

Sebelum bas bergerak , aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.
Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara kea lam mimpi seketika. Kedengaran sayup – sayup suara pemandu bas nengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.

Jam menunjukan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas, aku masih berasa sangat mengantuk, Sejurus itu, secepat kilat bas meniggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagi pun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Namun aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Jalan raya dihadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur – jalur cahaya hanya sedikit. Kupanfang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun , ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang berlegar – legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada – mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari- cari kayu atau besi yang akan aku gunakan sebagai senjata andainya anjing itu menyerang.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tamahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.

Tiba – tiba sekumpulan penunggang motosikal dengsn pelbagai aksi amberhenti beramai – ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan bertudung juga hitam . Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajah yang berkulit cerah.

Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di situ dan membaca segala ayat al – Quran yang kuhafal. Tawakalku memanjat langit.

Tiba – tiba anjing tadi berlari kearahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan – akan memandang kearahku. Ketika itu aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali – kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu melintasiku seolah – olah langsung tidak melihatku dibalik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang kearahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba – tiba mereka beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi dengan pelbagai aksi. Mereka seakan – akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja kearahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, Menambah syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!



Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar – benar membuatkanku berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor – faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

Menemui Jodohku
Beberapa temanku yang mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.
Suamiku mengakui antara factor yang menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luaran, contoh reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana yang kita pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua – dua dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir – fikirkanlah.







Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata – kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.


*TULISAN ASAL KARYA *FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN :MAJALAH SOLUSI EDISI 21*