Thursday 22 November 2012

MANISNYA TARBIYAH ITU ^__^




Ujian Allah yang datang pada kita tu kadangkala membuatkan kita matang dan kuat
Dan bilamana hidup kosong tiada ujian walaupun sehari rasa macam “Eh, Allah dah tak sayang aku ke?”
Bagi aku apa yang aku dapat hari ni, adalah satu pembelajaran hidup yang bermakna.
“jangan mengeluh sayang, Allah hantarkan tarbiahNya direct terus pada awak, berbahagialah di dalam redha”..itu kata-kata semangat dari sorang kakak pada aku..“

“kak,biar apa pun yang jadi, saya tetap bersama dengan akak"
"Saya harap, ukhuwah dengan akak ni sampai bila-bila."
"Saya harap akak akan terus bimbing saya”
“kak, kalau saya keluar dari jalan dakwah, tolong tampar saya sampai saya sedar."

Itulah antara dialog dari hati aku bila mula-mula jumpa jalan “penambahbaikan”.. Dan kekadang tu jugak.. rasa down sangat bila kita ni lain dari yang lain..(lain macam pulak bunyi)


Yelah, pergi mana-mana majlis ilmu sendiri tanpa teman, kekadang tu rasa macam tak layak nak ada sama dalam majlis tersebut.
"Saya tak boleh nak bersama lagi”
"Saya rasa nak hold dulu penyertaan dalam majlis-majlis agama dan sukarelawan islam ni”
"Saya, rasa saya tak mampu nak jadi seperti kalian."


Bila jadi macam ni, ISTGHFAR… baru rasa COOL semula.. Allah dah bagi rewards.. takkan kita nak sia-siakan. Kan?
Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.
"Tak ikhlaslah, tak layaklah, tak sucilah, tak mampulah, tak kuatlah, tak minatlah, tak itu dan tak ini."

OK. Tips aku, cuba kita duduk dan perhatikan sebentar. Alasan-alasan tadi selalu kita dengar daripada orang yang asalnya aktif dalam berbuat kebaikan, kemudian dia memilih untuk berhenti atas alasan-alasan tadi.
"Tak ikhlaslah, tak layaklah, tak sucilah, tak mampulah, tak kuatlah, tak minatlah, tak itu dan tak ini."

Tapi, pernah tidak kita dengar orang yang main games atau kaki movie atau couple merungut dengan apa yang mereka perbuat, kemudian menggunakan alasan-alasan tadi untuk meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat tadi?
"Aku tidak ikhlaslah main games. Delete-lah."
"Samalah, aku rasa tidak layak untuk tengok movie. Tutuplah."
"Itulah, aku pun rasa tidak sucilah untuk bercouple. Clash-lah."
Pernah?

Mungkin ada, tapi berapa ramai jika kita mahu bandingkan dengan mereka-mereka yang lebih suka beralasan dalam melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan?
Lagi satu, pernah tidak kita dengar orang kata,
"Saya, doakan awak istiqomah dalam bercouple ya!"
Atau,
"Saya doakan awak tsabat atas jalan games!"
Pernah? Kenapa tidak pernah? Kerana dalam nak melakukan perkara-perkara maksiat, manusia memang tidak perlu diajar cara-cara untuk istiqomah. Automatik reti! (tahu)

Tapi, kalau dalam hal-hal kebaikan, hal-hal keislaman?
"Saya doakan awak istiqomah atas jalan tarbiyah." Atau,
"Saya, doakan awak tsabat dalam memperbaiki diri."

Ha.. Ini selalu aku dapat dan dengar. Sebab apa? Sebab memang hakikatnya untuk duduk atas jalan tarbiyah ini memang perit…




Bukanlah salah kalau kita mengharapkan doa daripada ikhwah atau akhwat kita untuk terus tetap, teguh dan istiqomah atas jalan dakwah, jalan tarbiyah ini. Bagus dan sangat bagus! Cuma, aku mahu ajak kita semua berfikir bahawa, memang atas jalan dakwah dan tarbiyah ini akan ada banyak ujian dan cabaran berbanding kalau kita nak hidup atas jalan hidup sia-sia, buang masa, maksiat dan lain-lain.
Orang akan tuduh kita macam-macam. Gila, sesat, tok lebai, bajet baik, rigid, radikal, ekstrim dan lain-lain. Orang akan ancam kita macam-macam. Nanti kena tangkap polis, tarik scholar, miskin, tak laku.

Pada aku, biasalah itu. Rasulullah SAW dituduh gila, sesat, ahli sihir.

"Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan, "Dia itu pesihir atau orang gila"
(Surah Az-Zariyat ayat 52)


Allah berfirman lagi;
"Dan sesungguhnya orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan engkau dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar peringatan dan mereka berkata: "Sesungguhnya dia (Muhammad saw) benar-benar seorang yang gila"
(Surah Al-Qalam ayat 51)

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah diancam bunuh, dipulaukan oleh saudara-mara dan masyarakat.

"Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan."
(Surah al-Anfal ayat 30)

Tapi, Rasulullah tidak pernah sesekali berkata;
"Ya Allah, aku nak berehat. Nanti bila dah ready, aku join balik!"
Pernah???

Ada juga dari satu sisi aku lemah dengan keadaan ni, kekadang amalan ibadah itu semua kita dah lakukan, dan kekadang juga ada lompong sana sini. Mulalah berimiginasi.. “Allah ni tak nak bagi aku terus baik ke apa? Asal tak istiqomah hati ni? Susahnya.. “

Sampailah satu malam , dalam salah satu program majlis ilmu yang aku hadiri, Allah bagi ujian dengan terlepasnya train untuk pulang ke rumah, memang kebiasaan kalau berprogram atau majlis-majlis ilmu dan mawlid , aku sentiasa berjalan pergi dan pulang sendiri, sampailah di tapak lokasi barulah bertemu dengan sahabat-sahabat yang sama fikrah hati.
Dengan risaunya hati aku rasa nak menangis, tanpa berlengah aku mencari masjid, sebab aku rasa masa tu masjid adalah tempat yang selamat untuk aku sebagai seorang wanita dalam suasana malam begitu.

Dengan rasa lelahnya, aku pun tertidur di perkarangan luar dewan solat, (nak masuk dewan solat tak boleh, so tidurlah di luar)..
Tiba-tiba ada suara mengejutkan aku bangun, aku lihat jam di tangan. Pukul 3.15pagi. Mata pula ku usap-usap untuk melihat siapakah gerangan Hamba Allah yang mengejutkan aku.

Susuk tubuh tua, berkopiah dan berbaju melayu memandangku dengan senyuman.
Dia menyuruh aku untuk tidur di dalam dewan solat dan memberikan aku sepasang jubah masjid sebagai selimut di kala kesejukan ketika itu.
Usai solat subuh dalam masjid tersebut, aku di datangi lagi oleh pakcik tadi. Dia bertanya kepada aku.

“kenapa anak berseorangan malam tadi? Kawan-kawan yang lain mana? Anak ni baru balik program di Dewan Islam semalam tu ke?

Air mata aku terus berjuraian jatuh. Dengan tiba-tibanya rasa sebak sangat dengar soalan itu tadi ( mungkin sebab semalam sendiri, so rasa sedih la kot)

“Saya baru nak bertatih ni pakcik suka dengan majlis-majlis ilmu, kawan- kawan saya tak semua suka, kalau nak tunggu sampai mereka suka, alamatnya melepaslah saya.. Tak mengapa saya lagi selesa sendiri, lagipun bila datang tempat baru , ada ramai lagi kawan baru kita dapat..”
(dapat yang baru jangan lupakan yang lama.. lama dan baru itu TIDAK SERUPA)


“Emm.. baguslah kalau hati kita suka dengan benda yang bermanfaat, yang penting jaga rasa suka pada kebaikan itu haruslah ISTIQOMAH”
aku pun bertanya lagi, macam mana nak istiqomah pakcik? Saya ni ada juga lompong di mana-mana dalam menjaga ibadah.. Iman tak kuat nak lawan godaan syaitan ni, masih ada peluang ke untuk saya jadi lebih baik?”

“Masih ada peluang tu.”

“Masih ada pakcik??? (tersenyum dengan tiba-tiba).

"Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Kalau jatuh, maknanya, masa anak masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

Lega dengan jawapan itu, tapi muncul lagi soalan dalam kotak minda.

"Terima kasih, Pakcik. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"

"Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Aku terlopong dan tersenyum nampak semua gigi..

“Tak pakcik, saya tak layan sangat .. Anak muda macam saya ni biasalah, habiskan masa dan air mata layan cerita Korea je”

Pakcik sambung lagi “Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Tiba-tiba aku teringat Ustaz aku yang mengajar dulu tentang kebaikan solat..bilamana solat kita sempurna, ia akan mencegah kita untuk melakukan perkara yang mungkar.

Pakcik itu berkata, bila kita jaga mutu solat kita, baik dari segi rukun fi’li, qauli dan qalbi, InsyaAllah mutu solat itulah yang akan menjadi benteng diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar dan keji.

Bagi aku nak jadi baik ni memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuhkan sesuatu itu “klik”sekelip mata saja. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan.InsyaAllah boleh punyeeee~~
Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita…. DIA TAK KAN PERNAH BIARKAN KITA SENDIRI .. Percayalaaaahhh..

Aku pegang kata-kata seorang teman yang sentiasa memberi kata-kata motivasi buat diri,
“nak lakukan sesuatu tu kena ada 3. IKHLAS, SUNGGUH dan SABAR.”
Betul! Nak buat sesuatu kebaikan dan sampaikan dakwah Islam kena ada sifat IKHLAS.
Ikhlaskan niat kita, perbuatan dan segalanya.Kalau rasa iman itu nak jatuh, cepat-cepat modified balik. Cuba tinggalkan perkara-perkara yang menghalang kita untuk gapai syurga.

Akal ni nakal bertanya “kalau datang balik sifat yang lama macam mana?”
“Biarkan je… lawan lah.. nanti dah lama “dia” boringlah dengan kita”..

“tapi sampai bila???”
“Sampai Islam itu menang, atau kita mati kerananya”




Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

~Doakan saya jadi hamba, anak, bakal isteri dan ummat yang berguna pada agama.. Doakan saya utk keep istiqomah.. Dannn.. Doakanlah untuk semua..~

P/s: Jika sesiapa bertanya, apa 'best'nya TARBIYYAH itu? Mahu saja aku memeluk mereka, biar HATI aku BERINTERAKSI dengan HATINYA, biar meresapi ke hati dia betapa INDAHNYA jalan tarbiyyah ini sehingga aku tidak mampu mengungkap kata untuk menggambarkannya.. RASA itu akan datang pada sesiapa yang MAHU.. SIAPA YANG MAHU dia kena BERGERAK!




No comments:

Post a Comment