Wednesday 20 July 2011

APA NAK KATA?? REDHA..EIYDA SAYANG KORANG SEMUA...HU~~

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥


•♥• Rintihan Dari Seorang Hamba •♥•

...

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami
hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,
Jadikanlah aku hambaMu,
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan
hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.


Ya Allah,
Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan padaku.
Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar ini.
Pimpinlah aku menjadi WANITA SOLEHAH DAN BAIK BUDI SERTA AKHLAKNYA.


Ya Allah,
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat


amin~ ~ ~
kepada rakan-rakan seperjuangan …teruskan usaha kamu…teruskan berjalan..jangan toleh ke belakang.InsyaAllah ida akan doakan kejayaan korang.Walaupun kita nanti tak sehaluan lagi, dan walaupun kita tak akan bersama lagi..Aku ..Ida ni tetap SAYANG korang.
Dan jangan pernah lupakan kenangan kita bersama..tangis kita bersama..dan jua gembira kita bersama..
aceceh TERJIWANG pulak..


Buat kawan-kawan yang akan melangkah kaki ke menara gading tak lama lagi ni..jangan pernah dan JANGAN SESEKALI lupa satu sama lain…FB ader tok kita saling tanya khabar..HP ida pun ader number kan??huhuu…
sedihnya bila dah jadi macam ni..semua nak bawak haluan masing-masing..jauh tecampak..tapi takpe korang sahabat DAIMAN FI QALBI..biasalah kehidupan setiap pertemuan mesti ada perpisahan..apa jua keadaan aku akan tetap usaha untuk mencari kejayaan bersama..(terima kaseh kat cikgu BM..dapat TERtulis ayat power camni)hihi

buat akak SAKINAH ABDUL RAHMAN..sayang akak ooOO..selalu sangat bagi semangat dan kata-kata dorongan..walaupun ida selalu mengadu dan agak menyusahkan (ida rasa la) akak sporting je..ni yang buat ida tambah sayang ni..

buat jua kawan-kawan..cikgu yang bagi semangat dan kata nasihat..kan ku semat dalam hati..kunci ketat-ketat..InsyaAllah.. 


Doakan kejayaan ida ..insyaAllah..ida tak kan putus asa..doakan jua untuk semua..
SAYANG KORANG…


P/S: teringat pesanan kak kinah yang sangat mendalam dan penuh makna bagi aku..
“TUHAN BAGI KITA SEMUA TU ADE HIKMAHNYA YANG KITA TAK TAU..INSYAALLAH ADA KEMANISAN DAN KELAZATAN DISEBALIK KEPAHITAN YANG SEMENTARA NI..SEMUA NI NAK TENGOK CAMNE KITA HADAPI SITUASI GINI”..huuu~~

Monday 18 July 2011

♥ 10 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham ♥

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.Saya sangat sokong ni!

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.Taklah sukar nak di fahami...cuma kadang-kadang lelaki ni berkira sangat..

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

* SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

* CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

* HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

* IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

* PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

* PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

* MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

* EGO

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

* CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

* SEKS

Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


P/S: JANGAN LALAI DENGAN "CINTA"..

Saturday 2 July 2011

~~~~ blog atau note bukan sekadar riadhah fikrii~~~

blog atau note bukan smata2 riadah pmikiran atau tmpt kita tulis apa yg kita nak..pastu biarkan..

Blog adalah 1 medan nashyru fikr atau bahasa mlayunya,pyebaran fikrah yg baik.lebih-lebih lagi bila kita dah tau bahawa pperangan hari ni bukan smata2 peperangn senjata, tpi juga pperangan ideology atau dlm bahasa arabnya ghazwah al-fikr.Banyak saja blog dan laman web yg wujud nak hina islam,hina Allah dan Rasulullah..
myebarkan salah faham dalam agama dan kalau tak fokus pda agama scra langsung pun,byk blog dan laman web yg cerita pgendalian masalah jiwa dgn cara yg salah dan sebagainya.tak kurang jugak ada yg guna ayat-ayat lucah,tak senonoh,tak sopan.

Oleh itu wujudnya blog yg soleh dan solehah adalah salah 1 pkara pnting dan plu dlm zaman sekarang ni.Bahkan plu d pbanyakkkan.. ingat kata sorang teman “kalau mati adalah la jugak khazanah kita kat org”

Banyak da sekarang orang ada blog..tpi kita kna lihat apa isi blog kita??
“adakah blog/note aku ni bmnfaat utk islam?”
“apakah blog/note aku ni syarak???
atau dlm erti kata lain lah..tak ada pkara2 yg Allah larang atau ajak kpda pkra yg Allah larang.

kalau dah ada blog ni KONSISTEN tu pnting..busuk2 pun dlm smnggu tu skli..or 2mnggu sekali update..

Ramai yg cakap promosi blog sama saja dengan cari popularity, POyo.. ini 1 kesilapan ..pkara ni kna buang.Kalau betul nk sebar islam seluas mungkin 2 pkara yg kita kena cantas dlm diri kita ialah  “malu utk sebar bnda baik”dan “takut nanti orang kata apa”..
Yang patut malu ialah yang memang sebar utk cari popularity saja.

Kita keluar dari trend “sekadar mahu ada blog”atau trend “semua org ada blog”kita cipta arus islam dlm blog kita dan kita ekpensikan seluas yg mungkin

Pgisian dlm blog….ada pulak org akan kata “aku bukan ustaz/ustazah la”ada pulak yg kata “ana mana reti nk tulis panjang2”SEBENARNYA nk sebar islam tak semestinya jadi ustaz/ustazah tak semestinya buat artikel panjang-panjang.

cukup kaitkan dgn hidup kita ..keliling hidup kita ..peristiwa2 dan pgajaran dripada peristiwa tersebut dan hubungkannya dgn Allah swt.
Sekiranya kita serius dlm mlksanakan hal itu ..saya tak terkejut dgn pnmbahan ramainya org faham islam ..yang sukakakn islam.

Saya cakap ni bukan seruan supaya semua orang berblog..dakwah ada banyak cara lain.. saya tengok ramai sahabat2 saya yg pandai berkata2..pandai susun hujahnya…

tak salah kita gunakan minat kita untuk islam..
macam saya suka membaca dan menulis.. SHARING IS CARING…
J

Pastikn amal kita bermanfaat utk islam.

Akhirnya 1 pesanan ..jgn pula lemas dlm laman web blog atau pesbuk ni..
Blogger yg baik adalah yg baik juga d alam reality..
Walaupun mungkin d alam reality dia tak d cari spti d alam maya (mungkin jnis yg mrendah dri, sembunyi nama dan sebagainya)..Kita tetap ada kewajipan jadi hamba Allah yg d redhaiNya.

Hidayah itu adalah milik Allah. Jika benar kita buat ni nak bg manfaat utk islam ..hendak sebar hidayah Allah dgn luas..Maka kita sdri perlu baik dengan Allah..Bukan lah nk ckp hidayah tu kat ujung jari kita ttpi Allah la pmilik hidayah yg sebenarnya.

Maka jangan lah kita anggap blog atau note yg kita buat sebagai “1 tempat mengajar orang lain”  tpi lihatlah ia sebagai “satu medan memperbaiki diri” dan mengajak orang lain ke arh yg sama..
nk jadi baik ,,nak buat baik kena lah kongsi-kongsi”

insyaAllah …manfaatkanlah minat anda !
jadilah da’ie yg moden dan tak kedekut ilmu…