Friday 9 March 2012

FOLLOW THE FLOW OR CHANGE THE FLOW??

Hari demi hari aku lalui perkara yang hampir sama, bangun pagi pastu mandi pastu siap-siap, pastu bergerak menuju Office Bos aku. Hari-hari aku akan hadapi kerja dan jumpa kawan yang sama, temapt kerja yang sama dan juga tandas yang sama mungkin bau sedikit berbeza.

Huhhh…..aku mengeluh panjang terasa begitu letih menghadapi perkara sama berulang kali. Mungkin kalian jua turut begitu, menghadapi situasi yang acap kali berlaku dalam kehidupan.
Pernah kalian terfikir?

Sampai bila kita mahu jadi begini. “Follow the Flow”. Atau aku perlu mengubah Flow/laluan hidup lebih fleksibel dan berbeza. Mungkin ramai diluar sana yang sudah berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan dan mungkin kehidupan mereka sudah selesa. Kenapa tidak kita turut berubah menjadi manusia yang berilmu,beriman dan beramal.









Melihat ramai manusia megah memandu kereta mewah di mana-mana membuatkan aku terfikir.Perlu ke kemewahan? atau ianya hanya satu impian semata-mata dan dimegahkan?
Aku mula berfikir dan terus berfikir. Apa sebenarnya haluan dan tujuan hidup sebenar.
Pelbagai jenis buku telah aku baca bagi mencari hala tuju sebenar haluan hidup.Memang payah jika hidup dipenuhi dengan rintangan.Tapi ianya menjadi perkara mudah jika dapat ditangani dengan bantuan Allah disamping usaha kita.





Sebut pasal usaha…

Usaha bukan sahaja menjadi perkara penting dalam kehidupan, malah sabar dalam usaha juga perlu. Bila kita dah berusaha, tapi tiada hasil.kenapa? solat kita dah, puasa pon dah…yang lain-lain rasanya dah okay.Kira aku dah okay la, tapi kenapa doa tak makbul?
Allah itu Maha Adil. Jika tiada hasil hari ini, tunggu hari esok dan seterusnya atau Allah akan memberiku ganjaran pahala di akhirat sana. Jika benar usaha kita istiqamah, Allah pasti menunaikan hasrat kita. Ingat ya…kita mengutip dan mengejar amalan untuk hidup di akhirat kelak, jika kita sedar hakikat sebenar kehidupan, InsyaAllah kita akan tersenyum dan tenang sentiasa mengiringi kita sehingga ajal.

teruslah mencari rahmat Allah.Jika usaha kita tiada hasil pada hari ini.teruskan berusaha kerana esok masih ada.bukan kita mengejar dunia semata-mata.tapi kejarlah akhirat juga. dunia ialah jambatan menuju akhirat.Kita perlu melangkah dalam dunia mengejar yang nyata dan hakiki bukan duniawi semata-mata.




“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”

Aku juga manusia biasa seperti kalian yang sedang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.Tapi apa yang perlu kita fikirkan, sudah puaskah hidup kita dengan Allah?atau kita hanya solat setiap hari tanpa muhasabah diri.Melalui hari-hari seperti biasa tanpa apa-apa perubahan dalam diri seperti:

“Aku mesti berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh .”

atau

“Aku mesti berubah menjadi kaya supaya dipandang tinggi oleh masyarakat”

Kita manusia,ada aqal ada nafsu.Anda boleh berfikir antara memilih dunia atau akhirat.
Jauh di benak fikiranku tatkala menulis ayat terakhir ini……

“Sampai bila? Aku Nak berubah…”

No comments:

Post a Comment