Tuesday 29 November 2011

KENA PANAH KERANA DAKWAH **ustaz sabun**


GAMBAR USTAD FADLAN SUSAH GAK NAK CARI..HAA YANG NI ADALAH GAMBAR BERSAMA WAKIL HPA MALAYSIA..TIME NI TAK SILAP MASA PERUBATAN TIBBUNNAWI..

Assalamualaikum…….
Rasanya dah lama tak buat entry baru kan? Dah agak berhabuk da blog ni rasenya..
ok kali ni nak kongsi cerita tentang salah seorang Da’ie yang menyebarkan dakwah kat Papua New Guinea..
Dapat tau citer ni masa tengok program ASSALAMULAIKUM kat TVALHIJRAH..

Cerita nya tentang sorang hamba Allah ni yang bernama USTAZ M.ZAAFF FADLAN RABBANI AL-GARAMATAN. Ustaz ni jugak dikenali sebagai “ustaz dai’e sabun”…
nak tau tak kenapa?????

ok ..macam ni citernya..Dulu ustaz ke Papua New Guinea ni sebab kerja..tapi niatnya bertukar setelah melihat sendiri cara hidup penduduk kat situ.TAK KENAL AGAMA.. mula-mula ustaz fadlan tak lah hiraukan sangat..sampailah satu hari beliau berfikir “seandainya aku mati nanti..malaikat tanya aku (wahai fadlan apa yang telah kau lakukan ?? kau telah melihat sendiri sauadara mu tidak mengenal Allah TUHANMU!! Tapi mengapa kau tidak membantu mereka????!!!!!)…daripada teringat pasal tu lah yang membuatkan beliau bertekad untuk menjadi mubaligh yang menyebarkan AGAMA ISLAM…bukan mudah kot!!

Penduduk kat situ dari jauh sekitar 50meter kita dah dapat hidu dah baunya..memang berbau..sebab diorang ni jarang mandi ..dan kalau mandi diorang akan lumurkan lemak babi..mesti ada antara kita yang kata “EIIIYYUUUU”..tapi itulah hakikatnya.

Sebagai seorang dai’e ynag mempunyai strategi sendiri untuk menyebarkan islam..ustz fadlan memulakan langkah dengan memberikan mereka ni sabun,paste gigi,shampoo dan barang-barang mandi yang lain.Bila diorang dah mandi dan pakai benda-benda tu semua..diorang rasa lain sangat..yela WANGI..BADAN TAK MELEKIT..haaa~~sampai lah dorang bertanya kepada ustz fadlan apa yang harus dilakukan selepas itu .. diorang rasa macam terhutang budi..lalu berterima kasih atas kebaikan yang diberikan ustz fadlan.Lalu ustaz fadlan berkata “jangan berterima kasih padaku..tapi berterima kasihlah pada tuhanku iaitu Allah..lantas daripada situlah ramai yang menyebut kalimah syahadah..daripada tiada langsung yang menganut agama islam.ustaz fadlan berjaya menarik 20 orang pada permulaan.

Sehingga lah suatu hari ustaz fadlan bercadang untuk ke satu daerah kampung bagi menyebarkan lagi syiar islam. Tapi sebelum memulakan langkah ustaz fadlan mendapat sepucuk surat daripada ketua kampung tempat dimana ustaz fadlan hendak sebarkan dakwah tu.. Dalam surat tu dinyatakan bahawa sekiranya ustaz fadlan dan pengikutnya menghampiri daerah itu maka dia akan terkena PANAH BERACUN.. Lalu ustaz fadlan bertanya kepada 20 orang pengikutnya “siapa yang berani menyertaiku?”
Dalam 20 orang tu hanya 6 orang je yang maju ke depan.. see??? 6 orang je.. namun itu semua tak patahkan semangat ustaz fadlan untuk menyebarkan dakwah islam di sana. Jadi bergeraklah ustaz fadlan dan 6 orang pengikutnya..Tapi sebelum memulakan perjalanan ustaz fadlan ada berpesan “SEKIRANYA TERJADI SESUATU PADAKU ..JANGAN KAU SEMUA BANTU..LARILAH SELAMATKAN DIRI KALIAN..INGAT ITU!”

Sedang berjalan ni..dah nak menghampiri daerah perkampungan tersebut tiba-tiba satu panah terkena pada tangan kanan ustaz fadlan..memang sakit..namun diteruskan juga langkah..tiba-tiba satu lagi panag terkena tangan kirinya pula.. Lalu Ustaz fadlan tersungkur ke tanah. Pengikutnya ingin membantunya..namun setelah di ingat kembali pesan ustaz fadlan sebelum itu ..mereka pun pergi meninggalkan ustaz fadlan..Sakitnya terkena panahan tu hanya Allah yang tau.. Lalu ustaz fadlan berdoa “YA ALLAH SESUNGGUHNYA PENGORBANAN KU DALAM MENYEDARKAN HAMBAMU TENTANG KEWUJUDANMU ADALAH KECIL BERBANDING PENGORBANAN RASULMU MUHAMMAD ..BANTULAH AKU YA RABB ..BERIKAN AKU KEKUATAN!”
Masa ustaz fadlan terus bangun dan mencabut panah yang ada di tangannya..Lalu mengambil besi dan merawat luka di tangannya melalui kaedah perubatan yang pernah sendiri dilakukan Rasulullah s.a.w iaitu “tibbunnawi”(dikatakan perubatan yang sangat dahsyat dan boleh menghilangkan racun dalam badan)..

setelah itu berjalanlah ustaz fadlan ke arah pemanah yang memanahnya yang juga merupakan ketua kampung di situ..Lalu Ustaz fadlan mengenggam tangan ketua kampung tersebut sambil tersenyum dan berlalu pergi..sekitar langkah 5meter bahu ustaz fadlan dipegang..ketua kampung itu menawarkan untuk menghantarnya hingga ke hujung desa..Ustaz fadlan tersenyum (macam da ada aura2 tertarik dengan islam kan ketua kampung ni)..Sampai di hujung desa tak juga ketua kampung ni berhenti langkah dan terus menemani ustaz fadlan hingga ke daerahnya..Masa ni ustaz fadlan berjalan bersama ketua kampung dan beberapa pengikut ketua kampung tu lah.Ketua kampung tu tertarik dengan layanan yang diberikan penduduk Islam kat daerah itu..Setelah beberapa hari mereka pun nak balik..sebelum balik ketua kampung tu menyatakan hasrat untuk memeluk islam..penduduk islam di daerah tu rasa sebak termasuklah ustaz fadlan sendiri..mereka mengucap kalimah “ASHHADUALLAH ILA HA ILLALLAH..WASAHADUANNA MUHAMMADAR RASULULLAH” ..
dulu tak ramai hanya berpuluh-puluh je penganut islam tapi sekarang kat sana dah beribu-ribu..SUBHANALLAH..Macam tu lah pengorbanan ustaz fadlan membantu umat Muhammad untuk mengenal Allah..daripada tak tau jadi tau..daripada benci juga jadi cinta.. mungkin korang tak berapa rasa feel nak nangis tu..tapi bila dengar sendiri citer dari mulut ustaz fadlan kompem nangis or sebak..kalau tak better U CHECK UR HEART!!! Sekian je.. terima kasih coz sudi baca… ^__^
jumpa lagi ..Assalamualaikum.. wr.wb..

1 comment:

  1. Assalam..cerita yang ukti posting ini adalah benar belaka.Saya pernah bertemu dgn ustaz fadlan ini dlm 1 masjlis yg sy sendiri menjadi MC.Semua adalah sama dengan cerita diatas.Memang kalau kita dapat mendengar dari beliau sendiri pasti air mata akan berguguran kerana sebaknya mendengar.Kami hampir2 terlepas solat asar kerana kunsyuknya mendengar cerita beliau..Semoga Allah membalasnya dengan syurga firdaus untuk tentera Allah ini

    ReplyDelete