Tuesday 24 February 2015

BERCUTI DI "THE HIDDEN HEAVEN PULAU PERHENTIAN,TERENGGANU, MALAYSIA'

Alhamdulillah... tahun ni berjalan dalam negara pulak iaitu di Pulau Perhentian... kalau tahun lepas pengembaraan kami dua beradik bermula di Bandung, Indonesia.. Well, ticket sponsor.. heheh..



Sebelum ni, banyak tengok orang post dalam Instagram saja gambar-gambar di Pulau Perhentian.. Actually yang handle percutian ini dari awal adalah kakak aku. Satu hari tu dia ajak "tahun ni kita holiday kat Perhentian nak?" ... Memandangkan aku dapat cuti sempena Tahun Baru Cina selama seminggu, jadi aku pun follow je beliau. Kami telah memilih pakej di bawah "CORAL HERITAGE TRAVEL & TOURS" kelolaan Bro Nasrul Bin Ghani atau kami panggil dia Abe Nas. Kami berbincang dengan Abe Nas ni dari October 2014 sebelum bermula tarikh kejadian. Bayangkan betapa lama kakak aku kacau dia tanya macam-macam soalan .. haha.. Kitorang cuak sebab ini adalah pertama kami kami handle satu "trip" yang agak lumayan jugak duit habis dan agak jauh.. jauh sangat 8jam perjalanan tau.. Pergi Bandung 1jam setengah je.. Bezanya sebab pemilihan kenderaaan. Korang boleh pilih nak naik kereta sendiri atau bas. Aku naik Bas Mahligai, kos pergi balik dalam RM100++. Kalau naik kenderaan sendiri ada parking berpagar dan dijaga .. So yang pilih nak bawak kereta tu jangan risau. Bab bayaran untuk parking korang survey-survey la sendiri.. Aku tak pasti berapa.. tanya kat agent korang pun ok. Kami gerak awal sehari dari tarikh masuk Pulau Perhentian sebab tiket bas tak ada. Ada hikmah jugak gerak awal sehari, sebab boleh lah elak kesesakan lalu lintas.. Tahun Baru Cina.. lamai olang balik kampung puuun... Keluar lagi bajet RM200 untuk bilik di Samudera Hotel. mahal sikit sebab tu je bilik yang boleh nak sumbat 6 orang. hihihi..



PAKEJ "CORAL HERITAGE TRAVEL & TOURS" (RM300.00/PAX)

* AIR CONDITIONER ROOM (1 DOUBLE 1SINGLE)
*6x MEAL INCLUDE BBQ
* BOAT RETURN TO PULAU PERHENTIAN FROM JETI KUALA BESUT
* SNORKELING 3 TEMPAT
-CORAL POINT
-SHARK POINT
-TURTLE POINT
*BOAT TO MARINE PARK.
*BOAT TO WINDMILL

Inilah Jeti Kuala Besut. 2minit saja dari Samudera Hotel. Ok kejap.. PASTIKAN korang bawak cash ok.. kena kat aku masa tu.. time tu jugak lah nak buat withdraw.. dengan jauhnya nak berjalan ke Pekan.. sampai Bank.. duit habis.. punyalah panjang beratur. Tunggu punya tunggu ok jugak dapat keluarkan duit. Sepanjang jalan nak ke bank, korang akan nampak banyak pondok kedai jual Otak-Otak, Satar, Kopok Leko.. Tapi beli bila balik dari Pulau lah.. kang jenuh lagi nak bawak kopok masuk pulau..



Pulau Perhentian ni ada dua pulau.. Satu Pulau Perhentian Besar satu lagi Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Besar, besar lagi bajet.. Pulau Perhentian Kecil bajet sedang-sedang saja.. So bagi yang baru nak ke sini, saya sarankan untuk bercuti dahulu di Pulau Perhentian Kecil. Bagi kawasan penginapan pulak, ada banyak chalet yang di sediakan. Kami pilih untuk menetap di MJ Chalet. Chalet ini terletak di kawasan penempatan penduduk kampung. Feeling2 jadi Minah kampung lah untuk 3Hari 2malam. Kawasan kampung ni terdapat masjid, Balai Polis, sekolah dan makcik-makcik kampung yang peramah. Kebanyakan kawasan di sini masih lagi dalam kerja-kerja naik taraf contohnya masjid. Masih lagi belum siap sepenuhnya. Tapi kalau nak solat berjemaah Subuh atau Maghrib boleh je.

Ini Jeti Kampung Pulau Perhentian Kecil. Kalau dulu tak siap lagi Jeti ni, bot turunkan penumpang atas pantai je, bayangkan lah dengan air laut paras betis, berpasir lagi.. jadi buat u ols yang bawak beg AF tu berotot jugaklah nak angkat beg korang dari pantai yang berpasir tu ke bilik.. Tapi sekarang dah ada Jeti senang sikit. Tapi aku lagi suka kalau korang pakai beg sandang a.k.a "backpackers"



Sekolah Kebangsaan.. Sekolah Menengah aku tak jumpa.. Ada jugak Pusat Komuniti yang di bina oleh Yadim untuk ajar anak-anak kampung mengaji.




Keistimewaan duduk di kawasan kampung, korang boleh makan makanan laut dengan harga yang murah berbanding dengan tempat lain. Tak payah risau semua ada.. kedai runcit pun ada.. kalau kat Chalet lain Burger pun ada yang harga 10Ya.. Kat sini aku telan sotong goreng tepung je. Murah baq hang.. Aku boleh dapat RM6 hingga RM12 ringgit untuk satu bekas polistrin. Harga bergantung pada saiz.. Korang nak beli hasil laut lepas tu suruh makcik kedai makan masak kan pun boleh..
dengan kakak merangkap Manager, merangkap bank bergerak.. kihkihkih.. Perjalanan nak ke Pulau Perhentian makan masa dalam 40minit atau 1jam bergantung pada kelajuan speed boat.. hadaplah lautan berombak.. masa naik speed boat jantung aku masuk dalam laut... kecut perut... banyakkan berzikir tau tau..


Ini ikan-ikan di kawasan Coral Point.. di kawasan Marine Park pun korang boleh jumpa ikan ni.. Sila bawak roti tau.. so boleh la korang bagi makan ikan-ikan ni.. Kalau tak ada roti tak heran pon ikan ni nak datang dekat dengan korang.. jaga-jaga kena gigit.. sakit je tapi tak luka.. kalau ikan jerung yang gigit kebarangkalian untuk jari putus tu ada.. ehhee.. kidding.. anak ikan jerung kat sini tak makan daging lah.. cuaca kita kan panas, lainlah laut negara lain..
Aku tengah berenang cari jerung .. tapi tak jumpa.. jerung takut dengan aku mungkin.. kohkohkoh..




Kitorang pegi masa cuti, so agak ramai la yang datang.. umpama sale kat Sogo.. hadaplah.. penyu pun segan nak datang.. tapi kena kat pemandu bot kitorang.. sampai ke tengah laut dia bawak kitorang ronda cari penyu... alih-alih nampak penyu.. semua ternganga.. tak sempat snap.. tapi penyu tu baik.. dia nampakkan muka dan separuh badan atas permukaan laut... lebih kurang macam ni lah gaya dia.. comel kan? terbayang Pendekar Penyu dalam cerita kartun DragonBall.. kehkehkeh..


Last kawasan adalah Kincir Angin... Konon hari terakhir.. nak lah bergaya kan.. smua satu group pakai kain.. pemandu bot tanya sebelum pegi "nak pegi kenduri ke?"... ahha.. sampai tempat kincir angin.. haaa.. baru rasa.. nak naik gunung lagi.. jalan berbatu..berliku.. tinggi.. kena langkah besar-besar.. tu makan diaaaa... tapi berkat doa mak ayoh berjaya jugak kitorang tawan Kincir Angin Pulau Perhentian.. dalam 30 atau 25minit jugak untuk sampai.. yang ada anak kecik bawah 5tahun tu, aku tak galakkan pegi sini.. kalau anak u ols tak berapa hyper ok lah... kawasan kincir angin ni banyak yang perlu lagi di baiki.. ada pagar yang hilang.. tangga tercabut.. mau kena kat orang yang gila selfie.. tangga pun dia tak tengok.. kang ada yang jatuh .. adui...







Ok, ada masa aku rasa nak pegi lagi Pulau Perhentian ni... best baqhang..Sebelum pegi niatkan dalam hati untuk bermusafir.. jangan dah berhuha lupa korang nak solat... jamak siap-siap.. Bercuti-bercuti jugak... tangunggjawab dengan Allah jangan lupa.. mau kena telan dengan air laut.. haaa.. naya... Seriously said... bila ada di tengah lautan yang berombak, hati korang akan sayu sangat.. feeling dia syahdu.. Besarnya ciptaan Allah.. Hati tenang bila tengok pemandangan macam ni.. Subhanallah.. Nikmat mana lagi yang kau dustakan? (Surah ArRahman).

Bawah ni aku sertakan nombor Abe Nasrul... contact lah dia untuk sebarang pertanyaan lanjut.
014-5006948



2 comments:

  1. Mcm bez..hihi..kos nek bot dr jeti ke p.phntian brape ye? Tq

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    JOM BERKUNJUNG KE SABAH
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete