Saturday, 10 November 2012
USRAH TAUTAN HATI
Tanggal malam jumaat bersamaan dengan malam khamis yang lalu, dapat satu info yang Kak Ha nak adakan Usrah untuk pertama kali di rumahnya..
WOooooo.. woooo.. sangat eksaited dengar..
Daripada hari ahad di ekspo buku islam ada jumpa degan Kak Ha dengan seorang sahabat yang memang peminat setia Kak Ha. Segalanya tentang Kak Ha dia tahu, rapat jugak lah dengan Kak Ha.. Terima Kasih Allah kerana kau hadirkan insan-insan yang baik dalam hidup. Really appreciate this ukhuwah.
Sayangnya tak dapat menghadirkan diri malam tu atas sebab-sebab tertentu..
Tapi Alhamdulillah dapat jugak sedikit perkongsian yang di coretkan oleh salah seorang ahli usrah iaitu Kak Aimuni Marjono.. Meh la sama baca perkongsian daripada beliau..
(Sila jeles ye) -_____-
Sedikit perkongsian dari Usrah Tautan Hati
Persaudaraan - “Wajiblah cintaku (cinta Allah) bagi orang yang berkasih sayang kerana Allah”
Pada mulanya kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan mengikut lokasi..ramainya dari Gombak..tak sangka majoriti yg tinggal di Gombak..pelajar UIA yg memonopoli rasanya..Alhamdulillah,
Usrah bermula dengan sesi taaruf..kemudian kami diminta bernasyid beramai2 la
gu tema yg membangkitkan semangat iaitu lagu Amalulillah dari kump Shoutul Amal..
Lepas tu baru kami diminta duduk dalam kumpulan dan start counting dari 1 sampai org yg terakhir..ustazah fatimah syarha meminta kami menulis 'Apa yang sy inginkan' dan 'harapan pada sahabat'..semua memerah kepala fikir apa yg diinginkan dalam hidup..kemudian kami diminta menampal kertas tersebut pd belakang pasangan..dan yg paling bestnya, kami kena tulis 1st impression kami pd semua sahabat baru yg join usrah td..so, macam2 impression yg kami dapat..pelbagai pandangan pertama yg diperolehi..alhamdulillah, ikatan kami tertaut time ni..berjalan2 tanya nama, umur, belajar kat mana, kerja apa..mmg sportinglah geng2 usrah ni..syukur..
Teringat kata2 ustazah fatimah syarha tadi, kalau selama ni kita tanggung masalah dan rasa seorang2 dalam halaqah dan usrah ni, kita boleh berkongsi..kuatkan ikatan dan mantapkan iman..insyaAllah..jalan menuju Allah ini akan lebih indah andai dihiasi keikhlasan dalam persahabatan..
Harapan sy, semoga usrah tautan hati ini bukan yg pertama dan terakhir..terkadang, kita perlu mencari corak hidup sendiri, sahabat sendiri dan olah ia menjadi sesuatu yg tersangat penting pada hati..
*InsyaAllah ada lagi .. yg berkesempatan (tak bkesempatan macam ambe nih.. hnya mampu jeles tahap KLCC tower baca post ni.. tiada aral kita DATANG ye.. :)
suka sgt kalimah dri mulut Kak Ha bila slsai bersalam dgn bliau ahad lps di Ekspo buku Islam "SAYANG AWAK KERANA ALLAH" ♥♥
Sunday, 10 June 2012
AKU MENCARI CINTA HIGHCLASS..
Assalamualaikum salam ceria...salam mahabbah..salam ukhuwah..
lama sudah tak menjenguk blog ni.. dah usang dan berhabuk nampaknya..
Buat yang dah follow blog ida yang tak seberapa ni terima kasih diucapkan..
masih banyak lagi kekurangan dan perlukan lagi tunjuk ajar dalam memperbaiki blog ini. Ada kawan2 yang sudi share.. silakan tunjuk ajarku sifu! :)
Alhamdulillah , berkesempatan sekali lagi untuk ke Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6 Mei 2012. Ini kali kedua berpeluang pergi ke pesta buku. Tahun lepas pergi bersama sahabat kembar dan beberapa rakan yang dikenali dari Facebook yang datang jauh dari kolej islam Negeri Sembilan.
Kali ini, berpeluang pergi bersama dia yang juga ku kenali hanya melalui buku.. kerana buku ukhuwah bersatu. Terima kasih kerana sudi keluar bersama dan belanja.. hehehe..
Alhamdulillah tahun ini juga berpeluang bersama dan berjumpa dengan penulis karya yang sangat ku kagumi “Habiburrahman El Shirazy”.Beliau amat terkenal dengan karya “ayat-ayat cinta”, “ketika Cinta bertasbih”, “Atas sejadah cinta” dan banyak lagi..
BERGAMBAR BERSAMA NOVELIS YANG AKU MINATI
Ku mulakan pembacaan dengan buku “CINTA HIGHCLASS”.. karya Dr.Farhan Hadi dan Fatimah Syarha. Seperti kebiasaan buku-buku karya beliau tidak pernah mengecewakan.
Dalam buku ini merungkai tentang cinta yang sebenar.. Cinta yang membawa kepada redha Allah.
Pengisian bagaimana menyemai cinta yang selalu di hadapi manusia. Penggarapan cinta oleh watak Muslih yang ditulis oleh Dr.Farhan Hadi benar-benar membuat aku jatuh cinta dengannya. Di kisahkan Muslih seorang pelajar perubatan yang sentiasa di kejar cinta. Namun tekad dan azamnya untuk berjaya mencapai segulung ilmu, d kuatkan prinsip, CINTA PADA ILMU DAN PERJUANGAN. Berbagai bentuk godaan yang datang, gadis yang meminatinya juga bukan calang-calang orang, ada yang baik agamanya, muslimah, namun cara mereka mengekpresikan cinta tidak dapat menambat hatinya. Hinggalah pada suatu saat, murobbinya memberikan email yang mengandungi biodata seorang wanita. Cukup dengan satu biodata membuatkan dirinya JATUH CINTA.. indah sungguh cinta yang berlandaskan islam. Dari biodata dia mengenali misi, visi dan peribadi muslimah itu. Cukup memukau.Bukan seperti yang di lakukan remaja di luar ketika ini, bercouple, keluar dating, bersayang-sayang, tanpa menjaga batas- batas pergaulan. Cinta yang merosakkan. Watak Muslih benar-benar menambat hati, dia adalah pilihan seorang wanita yang solehah. Lelaki yang menjaga pergaulannya, buku sentiasa di dada. Tertarik dengan satu kata-kata “Biar orang kata aku ulat buku daripada ulat bulu”.. Kalau kita lihat sendiri di alam maya seperti Fb, ramai benar lelaki yang berstatuskan agama, kita dah cukup jatuh cinta, namun sayang pergaulan tidak dijaga.. wall postnya penuh dengan “friend list” daripada perempuan.. Lelaki nak add jarang-jarang.. Bagi aku lelaki seperti ini agak berbahaya.Hati ini tak mampu untuk taat kepada lelaki seperti ini. Takut dilambung cemburu yang tak sudah. Ok.. Ida Persiapkan diri untuk jadi baik bagi mendapatkan yang baik.. JAGA HATI.. JAGA HATI!
JAGALAH HATIKU WAHAI PEMILIK CINTA.. WAHAI ZAT YANG AGUNG YANG BERKUASA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI
Watak Qaniaah .. watak yang di tulis oleh Kak Fatiamah Syarha juga cukup memberikan motivasi pada diri bagi mengawal cinta muda mudi.Hatinya juga terjaga .Hanya cinta pada ilmu dan perjuangan. Biarpun datang lamaran yang pelbagai,namun di tepis kerana dia kurang sesuai. Calon yang datang bukan sekadar lelaki biasa, Ada antaranya yang bergelar ustaz, pelajar jurusan agama, Presiden kelab agama, yang baik akhlaknya, namun cara mereka meluahkan cinta, sangat tidak menepati criteria pilihannya. Hinggalah satu saat dia mendapat biodata seorang pemuda daripada pensyarahnya.Hanya melalui biodata, cukup meruntun hati wanitanya. Walau lengkap dengan nombor untuk di hubungi, namun lelaki itu tidak pernah menghubunginya. Sangat pandai menjaga hati.Taktik lelaki itu yang selalu berhubung dengan keluarganya mengetuk pintu hatinya.Ya! inilah yang dikatakan “rebut cinta mak ayah dulu, baru hati anak”. Setelah janji termetrai bersatulah cinta Qaniah dan Muslih dalam satu lafaz nikah.
Apa yang nak dikongsikan di sini, adalah bagaimana seorang manusia mengawal cinta .Cinta yang Allah kurniakan adalah fitrah, namun jika ia tidak dikawal akan pasti menjadi fitnah. Sepertimana orang berpuasa, akan merasa betapa nikmatnya ketika berbuka. Begitu juga cinta .Kawal dan serlahkan rasa cinta kepada insan yang halal sahaja. Saya cerita n mungkin hanya secebis daripada kisah dalam novel ini. Saya nak anda dapatkan novel ini, kerana impak tarbiahnya cukup mengajar jiwa, lebih-lebih lagi remaja yang sukar mengawal CINTA.
Cinta high class bukan memilik sesiapa tapi cinta high class ini berhak dimiliki oleh kita semua.Awak,saya,dia,mereka.KITA SEMUA.Jangan tunggu esok,lusa meskipun tulat.Hari ini juga kita mesti usahakan diri kita agar dapat mencintai secara high class.Don't forget untuk sesiapa yang sudah mempunyai pasangan,ajak dan bantu si dia agar dapat mencintai secara high class juga.
Err..apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allah yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi).
Ingin diselitkan di sini,seandainya kita jatuh cinta adalah lebih baik untuk kita berdiam diri.Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya bukan untukmu,redhailah kerana Allah pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertama bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.Janji Allah pastiku pegang dalam mencari misi 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik."
Wanita dan lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi cinta,itu adalah luar biasa dan boleh membawa binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Kadang-kadang seseorang itu mempunyai asas agama yang kukuh,namun akibat dorongan hawa nafsu yang kuat dia juga boleh terjebak dalam kancah ini.Yang penting,IMAN dan TAKWA.Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca tercetusnya fitnah.Ingatlah!Fitnah diakhir zaman sangat hebat.
Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah,saling melingkapi agama pasangannya dan sama-sama mentarbiah diri ke jalan Allah.Ini adalah jauh luar biasa and very awesome!Dan ini barulah cinta high class :)
Jika belum menikah,cinta boleh menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah.Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi.Kecuali ada urusan penting dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.Ida pun sedang berusaha mengikut langkah ini.. Kerap kali berhubung sememangnya akan membuat hati kita lalai dan akan membutkan kita terlalu melebih-lebihkan cinta manusia.. Buat dia, yang ku tak tahu entahkan kau jodohku.. Maaf aku sedang berusaha menjaga hati.
Jika di luar batas urusan,tanyalah hati.Tepuk dada tanya iman.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang syak dan was-was dalam hati.Nikmatilah indahnya saat bercinta itu selepas nikah.
Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu.Sama macam manusia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita dan wanita juga sebaliknya.
Cinta ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan pada insan istemewa bernama suami atau isteri,bukan pakwe atau makwe.
Kenapa ianya high class?
Itu tanda kita patuh pada arahan Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Yang penting,itu adalah sebuah MUJAHADAH.
'Jodohku,aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana.Aku cuma tahu engkau ada,di dunia atau di akhirat.Akan ku simpan perasaan ajaib ini.Akan ku luahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.'
p/s:Kali ini dapat info daripada kawan untuk membaca buku "SUAMIKU USTAZ" tapi sampai sekarang gagal lagi dalam mencari di kedai2 buku berhampiran. Harus jua ku dapatkan.!
Sekian dari pembawa cinta. SPREAD THE LOVE OF ALLAH..ALLAHUAKBAR!

Sunday, 11 March 2012
SPESIFIKASI CALON SUAMI YANG BOLEHLA DIBUAT SUAMI :-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan:
4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh satu kepala.
8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.
13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.
17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."
21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."
Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~
---
Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran. Cekidautt~~ ^__^
Friday, 9 March 2012
FOLLOW THE FLOW OR CHANGE THE FLOW??
Hari demi hari aku lalui perkara yang hampir sama, bangun pagi pastu mandi pastu siap-siap, pastu bergerak menuju Office Bos aku. Hari-hari aku akan hadapi kerja dan jumpa kawan yang sama, temapt kerja yang sama dan juga tandas yang sama mungkin bau sedikit berbeza.
Huhhh…..aku mengeluh panjang terasa begitu letih menghadapi perkara sama berulang kali. Mungkin kalian jua turut begitu, menghadapi situasi yang acap kali berlaku dalam kehidupan.
Pernah kalian terfikir?
Sampai bila kita mahu jadi begini. “Follow the Flow”. Atau aku perlu mengubah Flow/laluan hidup lebih fleksibel dan berbeza. Mungkin ramai diluar sana yang sudah berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan dan mungkin kehidupan mereka sudah selesa. Kenapa tidak kita turut berubah menjadi manusia yang berilmu,beriman dan beramal.
Melihat ramai manusia megah memandu kereta mewah di mana-mana membuatkan aku terfikir.Perlu ke kemewahan? atau ianya hanya satu impian semata-mata dan dimegahkan?
Aku mula berfikir dan terus berfikir. Apa sebenarnya haluan dan tujuan hidup sebenar.
Pelbagai jenis buku telah aku baca bagi mencari hala tuju sebenar haluan hidup.Memang payah jika hidup dipenuhi dengan rintangan.Tapi ianya menjadi perkara mudah jika dapat ditangani dengan bantuan Allah disamping usaha kita.
Sebut pasal usaha…
Usaha bukan sahaja menjadi perkara penting dalam kehidupan, malah sabar dalam usaha juga perlu. Bila kita dah berusaha, tapi tiada hasil.kenapa? solat kita dah, puasa pon dah…yang lain-lain rasanya dah okay.Kira aku dah okay la, tapi kenapa doa tak makbul?
Allah itu Maha Adil. Jika tiada hasil hari ini, tunggu hari esok dan seterusnya atau Allah akan memberiku ganjaran pahala di akhirat sana. Jika benar usaha kita istiqamah, Allah pasti menunaikan hasrat kita. Ingat ya…kita mengutip dan mengejar amalan untuk hidup di akhirat kelak, jika kita sedar hakikat sebenar kehidupan, InsyaAllah kita akan tersenyum dan tenang sentiasa mengiringi kita sehingga ajal.
teruslah mencari rahmat Allah.Jika usaha kita tiada hasil pada hari ini.teruskan berusaha kerana esok masih ada.bukan kita mengejar dunia semata-mata.tapi kejarlah akhirat juga. dunia ialah jambatan menuju akhirat.Kita perlu melangkah dalam dunia mengejar yang nyata dan hakiki bukan duniawi semata-mata.
“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”
Aku juga manusia biasa seperti kalian yang sedang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.Tapi apa yang perlu kita fikirkan, sudah puaskah hidup kita dengan Allah?atau kita hanya solat setiap hari tanpa muhasabah diri.Melalui hari-hari seperti biasa tanpa apa-apa perubahan dalam diri seperti:
“Aku mesti berubah menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh .”
atau
“Aku mesti berubah menjadi kaya supaya dipandang tinggi oleh masyarakat”
Kita manusia,ada aqal ada nafsu.Anda boleh berfikir antara memilih dunia atau akhirat.
Jauh di benak fikiranku tatkala menulis ayat terakhir ini……
“Sampai bila? Aku Nak berubah…”

Hey ladies!!!!!!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dipetik daripada http://www.zaharuddin.net
Ambillah pengajaran untuk diri, keluarga, sahabat dan semua yang berada di sekeliling kita.
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya" terbeliak mata kaum adam tau!
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
ADA JUGA KUCING YANG SOLEH ^__^
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
SALAH SIAPA??????
NI BARU SEHARI..KALAU SEBULAN? SETAHUN? ERR..KIRA LAH SENDIRI~~
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?...
TEPUK DADA TANYA IMAN~~
YANG TERTUTUP ITU INDAH!!!!

Monday, 16 January 2012
YANG TERTUTUP ITU INDAH....
Akak , kenapa akak pakai tudung labuh?’ soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang mencari – cari identiti diri.
Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita – wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak – kakak naqibahku, ustazah – ustazahku semuanya bertudung aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman – teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh merana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalahpersoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak – kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang kutagih pengertian. Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang kuterima, “ Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al – Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakana kepada isteri – isterimu, anak – anak perempuanmu, dan isteri – isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tiidak diganggu.”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tigkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah – ratah oleh pandangan hati yang sakit.
Di sini aku bukan mahu berbicara tentang kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar – benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudhkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.
Menderap ke tengah belantara, tiba – tiba peserta puteri paling depan terlangar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Seorang peserta menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada dibarisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan disitu. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku daripada disengat. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan dengan secebis kain ini.
Terlindung daripada Bahaya Malam
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus setelah tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakan duduk bertemankan seorang lelaki asing.
Sebelum bas bergerak , aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.
Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara kea lam mimpi seketika. Kedengaran sayup – sayup suara pemandu bas nengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.
Jam menunjukan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas, aku masih berasa sangat mengantuk, Sejurus itu, secepat kilat bas meniggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagi pun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Namun aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Jalan raya dihadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur – jalur cahaya hanya sedikit. Kupanfang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun , ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang berlegar – legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada – mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari- cari kayu atau besi yang akan aku gunakan sebagai senjata andainya anjing itu menyerang.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tamahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.
Tiba – tiba sekumpulan penunggang motosikal dengsn pelbagai aksi amberhenti beramai – ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan bertudung juga hitam . Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajah yang berkulit cerah.
Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di situ dan membaca segala ayat al – Quran yang kuhafal. Tawakalku memanjat langit.
Tiba – tiba anjing tadi berlari kearahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan – akan memandang kearahku. Ketika itu aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali – kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu melintasiku seolah – olah langsung tidak melihatku dibalik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang kearahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba – tiba mereka beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi dengan pelbagai aksi. Mereka seakan – akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja kearahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, Menambah syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar – benar membuatkanku berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor – faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.
Menemui Jodohku
Beberapa temanku yang mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.
Suamiku mengakui antara factor yang menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luaran, contoh reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana yang kita pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua – dua dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir – fikirkanlah.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata – kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.
*TULISAN ASAL KARYA *FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN :MAJALAH SOLUSI EDISI 21*

Saturday, 10 December 2011
GERHANA** REAKSI RASULULLAH S.A.W
GERHANA!!!
Selaku seorang Islam, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.
Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya."
Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)
Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.
Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."
Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.
Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir.
Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."
Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan.
Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.
Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.
Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya.
Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya.
"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:
"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".
Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".
Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.
Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.
Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta?
Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta.
Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.
Hikmah di sebalik kejadian gerhana
Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:
lMenzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.
lMenerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan. Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)
lMenggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.
lMemperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)
lMenggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.
Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin.
Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj?
Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya
Amalan sunat semasa gerhana
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
lSolat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".
lBerzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
lBerlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."
lBersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."
lMemerdekakan hamba. Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)